akum,
ha ha ha ...apa habaq kamu semua?
saya sebenarnya memang tak ada niat nak ngaja sapa2 pun meniru. tapi setiap kali ujian di kelas saya, saya tgk ramai jugak student yang gatal2 nak meniru. ada meniru secara sembunyi2..ada yang terang2 meniru..tapi kamu jgn ingat saya tak tahu..mata saya macam satelit, saya boleh nampak walaupun saya berada jauh beribu-ribu batu .. tapi kadang2 saya gelak2 ngn membe jugak, kerana ada sesetengah tu, nak meniru pun tak reti (tak pandai dgn bahasa mudah: 0% markah untuk meniru). So, saya rasa ia menjadi tanggungjawab saya untuk mengajaq cara-cara meniru yang cemerlang....
Meniru dan kehidupan memang tak boleh dipisahkan, macam handphone dengan prepaid kamu la…. :-) ...tambah2 lagi zaman sekarang... tapi kalau nak meniru pun kena belajaq jugak, tak boleh main redah saja...kamu kena kaji dulu,.. belajaq dulu skil2 meniru. pergi ke library cari buku rujukan (hehehe ada ke?)...UFO nak mendarat kat bumi ni pun depa ada buat kajian dulu tau! ...Kalau tak percaya tanya adik kamu ..:-D ..
kalau tak ada ilmu meniru silap2 kamu kantoi!! tak pasal2 kena gantung semester...
seni meniru yang saya share ngan kamu ni, sesuai dalam ujian yang ada seorang pengawas/lecturer sahaja. jangan sesekali guna kalau ada ramai lecturer/pengawas....bahaya dik oiii....
Kamu kene berfikir untuk memahami sebahagiandari seni ni :-D, tak
kanla nak suap semua kut….kata dah dewasa, umur dah lebih 18 taun, boleh berdikari
kan… ha ha ha….
SENI MENIRU
Pandang bagai menjeling,
Cakap tanpa suara,
Berbincang dengan sunyi,
Jika jauh, bersatuJika dekat, berpisah
Jika bercakap, bercakap
Jika tak bercakap diam
Jika didepan, pandang depan
Jika dibelakang, pandang depan
Jika aktif, jadi lah tak aktif
Jika tak aktif, jadi aktif
p/s: saya tak kecik ati kalau kamu nak anggap saya perli ke, saya ikhlas ke, tapi yang paling penting, kalau kena tangkap sebab gunakan teknik ni,tolong jgn cakap saya yang ajar ;-)
Che Mie,Kuala Perlis, Perlis
1 comment:
xfaham la cik mie..
mcm mne nie??hehehe
Post a Comment