Kamu, dia dan pak cik ;-)
Assalamualaikum….
Apa khabaq adinda2 sekalian…? semoga berada dalam keadaan sihat..
kakanda di sini sihat walafiat…sudahkah kalian makan? (uiks skema purbakala la)
Bagi last group autocad ( kursus S.E) dan orcad (pembuatan) terima kasih atas kerjasama kamu sepanjang saya ngaja dan saya ucapkan selamat maju jaya..
Macam ayat yang selalu Arnolds~negger ( saya tak tau nak eja) guna dalam movie dia, “saya akan kembali ( Ă’ll be back)”..maka di pagi jumaat ini saya dengan hati yang berbunga2 sebab esok nak cuti, kembali menulis lagi…samada kamu suka atau tak, abang tak kisah ;-)
Sebenarnya, sampai hari ini saya masih tak berpuas hati dengan kemenangan mawi sebagai bintang paling popular yang brita harian anjurkan, bagi peminat mawi saya harap kamu jangan le marah saya….saya iklas bagitau kamu...saya tak minat mawi…saya suka marsha af3 ;-) , tu pun sikit je…..saya sebenarnya amat berharap farah af2 akan menang..tapi last2 mawiii ….jugak. dah dua tiga malam saya terjaga dari tidur, dan amat kesal dengan kemenangan mawi, hem…….saya dapat rasakan adanya komplot2 yang dilakukan oleh pihak2 tertentu yang mempunyai agenda tersendiri….emmm kamu nak tahu?
Ha ha ha itu cerita untuk lain hari loh….
Tajuk cerita saya ni nampaknya cuba memaksa dan menunjukkan saya ni sebagai seorang yang jiwang, tapi sebelum pergi lebih jauh saya sebenarnya bukan jiwang, kamu kena ingat tu…..saya ni sebenarnya (ehem! Ehem! ) romantic ja…macam leornado di caprio dalam filem titanic tu…biasa tengok tak? Kalau tak biasa tengok cuba cari CD/DVD pirate yang belambak kat pasa malam sebelah masjid kat kuala perlis….ntah ada tak ada, saya pun tak tau..
Pernah ada orang kata renungan saya, sekali tengok macam leornado, itu bukan saya yang cakap, orang lain yang cakap…tapi, selalunya saya bagi orang tengok muka saya sekali saja….terutama pandangan sisi sebelah kanan…sebab saya dah pasti kalau orang tengok saya untuk kali kedua entah macam siapa la pulak muka saya ni….
he he he sebelum kamu menyampah sebab saya dok lambung diri saya tinggi2, baik saya saya buat U-turn dan kembali ke cerita kita...
Bercinta dikalangan pelajar semasa masih belajar adalah perkara biasa kat mana2 tempat pengajian pun, hatta kat sekolah tadika sekali pun…
namun cerita kita untuk hari ni ialah….ops… kamu kena la baca karangan saya ni sampai habis, baru le boleh tahu apa yang saya nak cerita….rumusan tak disediakan no…….
ah-ha..kat KUKUM pun ramai yang bercouple-couple ni…ha ha ha jangan ingat saya tak tahu, pandangan mata saya amat tajam….walaupun kamu tengah berlari berkejaran kat tepi pantai, bercengkerama dibawah pokok nyioq ( kelapa), makan rojak kat pantai, saya boleh nampak dan cam kamu dengan baik sekali…kalau kamu nak tau saya pernah ditawarkan jawatan sebagai seorang penembak tepat atau sniper bagi tentera darat diraja Malaysia . Saya berkebolehan mengendalikan senapang M107 .50 …. Tapi, saya terpaksa menolak…saya pernah di beri latihan menembak sasaran dalam jarak 5 KM…jauh tu ….
Sebagai seorang sniper yang paling penting ialah penglihatan mestilah baik….tapi itu semua berakhir bila saya buat pemeriksaan mata dan disahkan rabun jauh dan kena pakai cermin mata …huhuhu…saya terima dengan hati yang terbuka sedih…..em kamu minat nak tahu lagi? Ha ha ha itu kita kena buat sesi bercerita di bawah pokok….sebab panjang sangat, tak boleh nak pendekkan dah….
Kat KUKUM pun, saya, selalu jugak nampak beberapa couple dok makan2, shoping2, naik escalator…. kekadang ada yang terkanoi ngn saya kat aloq star, kat kayangan Mall pun ada…mesra2 je ….. jeles la I tengok, bahagia je nampak… ha ha ha
Sebenarnya kalau ditanya saya adakah bercinta tu salah atau tidak? Saya akan menjawab salah pun ye tak salah pun ye…sebenarnya bergantung pada diri sendiri..kalau pandai bawak dan tak terbabas, bagus lah..,bercinta ni sebenarnya sedikit sebanyak mengajar kita menjadi lebih dewasa…. Kita akan tahu bagaimana nak bahagi masa, nak menguruskan perasaan, nak memujuk dan yang penting pandai menguruskan kewangan ha ha ha…
Kebaikan bercinta, kalau saya suruh sapa2 yang tengah bercinta, saya percaya dia mesti boleh list kan beratus2 kebaikan bercinta di kampus….antaranya sebagai pendorong untuk study, sebagai tempat meluahkan perasaan, lagi……sebagai teman study, kadang2 sebagai bank segera pun boleh jugak kah kah kah…..hah apa lagik yek? saya xdapat la nak senaraikan lagi….emmm….nampak sangat saya tak pernah bercouple masa kat kampus dulu…
Keburukan bercinta pulak, bagi yang tak pernah bercinta, pastinya boleh senaraikan beratus-ratus sebab keburukan bercinta…ada yang akan katakana sebagai buang masa, kalau gaduh tak boleh concentrate study, lagi apa lagik yek…nak kena jaga hati partner, tak boleh kelua ngan membe2, aaaaaaaaaaaaa….dan lain-lain lagi…malas nak memikir sebenarnya….tapi saya tak berani nak tanya keburukan bercouple kat orang yang bercouple, bahaya, kang depa akan melompat dan terus buka langkah ajak saya bersilat…mati la saya kena belasah nanti ha ha ha….
Adik-adik sekalian, sebenarnya apa2 yang kita buat, perlu ada perancangan dan selalulah ukur baju dibadan sendiri, ukur kasut di kaki sendiri, ukur duit, biar abang yang buat ha ha ha… abang memang expert bab ni …. He he he
Kalau kamu masih belajar, kamu jadilah pelajar sepenuh masa…dan bercouple tu jadikan sebagai part time…sebenarnya tak ada salah nya lansung….jangan over sudah lah…jangan sesekali berjanji nak terjun laut lah, nak hadiah kan bintang kejora la, nak order 10 bulan purnama la…nak belikan hand phone yang boleh disimpan dalam lubang telinga la, so 24 jam kamu boleh bersembang ha ha ha….semua tu tak perlu dik…
Sebagai pelajar yang memang pun seorang pelajar….kamu kena tahu bezakan mana yang penting dan yang tak penting, tak perlu lah terlalu obsess dengan percintaan kamu….masa untuk kamu bercinta masih panjang….tumpu
kanperhatian kamu dalam pelajaran..itu yang lebih penting…dalam tak sampai sebulan lagi kamu akan final bukan? Kurangkan sedikit masa untuk berasmaradana tu….lepas final jom kita enjoy!!!!
Bagi yang bercouple, semoga Berjaya dalam perhubungan dan pellajaran kamu ….ermm…menarik kalau kamu grad nanti, kamu akan tunjukkan kat parents kamu ijazah kelas pertama plus seorang menantu he hehe….. dan yang tak bercouple, sabaq….masa untuk kamu akan tiba jugak …
Sebagai penutup cerita, saya nak minta maaf siap2 ni…..
kanhari ni jumaat...saya rasa saya ada menipu kamu dalam cerita kali ni…. ampunkan pak cik no……
Iklas,
Che Mie,
Kuala Perlis, Perlis
1 comment:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca, sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.
Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja, menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyayangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina.
Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam.
[1] Sahih Muslim, hadis ke 2281
[2] Sahih Muslim, hadis ke 2282
Post a Comment