A’kum..
Hem…….di luar sana hujan masih lebat, mencurah2 turunnya. Nampaknya saya terpaksalah menunggu hujan berenti sebelum dapat pergi ke tempat parking kereta. Tapi tak apa, jam baru pukul 4.35 ptg. Saya terus masuk ke kedai kopi dan memesan secawan teh panas.
Saya tak perlu bimbang kalau2 lewat kerana saya bersendirian ke sini. Datang tengok wayang, cerita wayang tu is M.I.III, Bosan sangat kat rumah. Movie tadi pukul 11.35 pagi, habis pukul 1.15 tgh hari, selebihnya saya di kedai buku popular.Ada banyak buku terbaru, saya berminat dengan novel The Da Vinci Code, tulisan Dan Brown. Apa lagi saya terus kendong ler, lepas tu terus ke rak buku yang bersebelahan dan mencapai buku terbaru tulisan Azizi Ali. Sebelum membayar saya khatam kanmajalah perajurit terbaru, majalah mingguan wanita, URTV dan remaja. Huhuhu tak payah beli ;-)
Ohh! Saya tak bosan la keluar sorang2. memang selalu pun saya keluar sorang, Marka pulak tak dapat cuti, so single la kejap, lagi pun seronok, saya bebas nak kemana2. dia tak suka kalau saya melepak lama sangat kat kedai buku, selalunya dia bagi setengah jam saja, mana sempat!! Memang saya jenis yang macam ni, suka bersendirian kalau nak kemana2. walaupun saya berdating pada hari ini, saya pasti pada esoknya saya akan datang bersendirian pulak. Saya memang tak suka keluar beramai2. sebabnya mudah, kalau keluar beramai2 pasti akan ada yang melantik diri mereka sebagai ketua, dan mereka inilah yang akan memandu perjalanan kumpulan kami. Ini membosankan, dan selalunya banyak masa akan dibazirkan. Masa kami akan dibazirkan di tempat2 yang mereka suka. Mereka tak akan jejak kaki ke kedai buku, mereka anggap kedai buku itu seolah-olah sauna yang bersuhu 5000 darjah celcius. Selain itu, Mereka yang melantik diri mereka menjadi ketua biasanya mempunyai ciri2 panas baran, samseng tak bertempat. Saya pulak jenis yang tak suka bercakap banyak. Jadi untuk mengamankan suasana dan menjadi kawan paling baik yang datang dari syurga maka saya selalunya akan mengalah.
Makin lebat pulak hujan kat luar tu, tempiasnya sampai ke meja saya.
“Air cik”, waiter yang berkulit agak gelap yang saya agak keturunan mamak menghidangkan saya air.
‘terima kasih”, balas saya ringkas.
Sambil tersenyum pelayan tadi beredar.
Sambil minum sayacubamengingat kembali kejadian yang berlaku semasa saya hendak datang kesini. Seorang pak cik yang berusia kira2 50an memandu kereta. Pak cik ni sebenarnya telah membuat jantung saya berdegup dengan kencang dan menyebabkan badan saya berpeluh walaupun saya sebenarnya memandu kereta dan aircond di pasang sehingga maksimum. Pak cik ini menaiki kereta proton iswara yang agak baru pada pandangan saya. Tetapi apa yang membuatkan saya berasa mendidih ialah, dia dengan sengaja, tanpa memberi lampu isyarat memecut dengan laju dan cuba merampas jalan saya. Hampir2 accident dibuatnya.
Masya-Allah….geram betul. Kenapa dia buat buat macam tu, nak kata dia tergesa2 ke sesuatu tempat, tak pun. Saya tahu sebab dia berseorangan, dan bila dah berjaya merampas jalan saya, dia memandu dengan cukup perlahan seolah2 mahu mencabar saya…adakah kerana dia merasakan diri nya tua maka orang lain patut menghormati mereka secara berlebih-lebihan?
Saya masih ingat semasa disekolah, saya dan kamu semua juga diajar untuk menghormati mereka yang lebih tua, sehingga dimana2 pun kalau kita berjalan2 mesti akan ada iklan yang memaksa kita menghormati orang yang lebih tua. Saya pada ketika ini merasakan apa yang diajar disekolah dulu sama sekali tidak berguna. Sepatutnya kita semua diajar supaya menghormati orang yang menghormati kita. Tidak kira walaupun kanak2 yang berusia 6-7 tahun sekali pun. Sekiranya budak2 ini boleh meghormati kita, maka kita patut hormatkan mereka semula. Apakah kita ni terlalu besar sangat utk menghormati orang lain?
Saya sendiri tak pernah tidak menghormati mereka yang lebih tua, malahan berlebih-lebihan pulak. Namun begitu apa yang saya dapat, mereka pula cubamengambil kesempatan.Cubakamu semua beratur di pejabat pos, pasti akan ada orang tua yang berlakon seolah2 mereka berusia 298 tahun dan mempunyai seratus penyakit untuk memintas barisan kamu. Dah la memintas, tiada sebarang ucapan penghargaan diberikan. Mereka pun tak senyum Saya yakin kita membantu kerana ikhlas, tetapi tidak sepatutnya mereka memotong dengan begitu sahaja. Minta kebenaran, senyum sedikit. Ini susah betul nak senyum. Adakah mereka ini terlalu cantik untuk menyedekahkan senyuman? Dan adakah budak2 berusia 20an tidak layak menerima senyuman mereka? Mengapa begitu? Adakah sebab mereka tua? Yang menyakitkan hati saya, selepas sahaja selesai berurusan, mereka akan kembali berusia seolah2 29 tahun. Cergas dan tersenyum riang.
Begitu juga kalau menaiki bas (zaman2 saya student), kita sering diajar supaya memberi tempat duduk kepada mereka yang memerlukan. Pernah sekali saya memberikan tempat duduk saya kepada seorang mak cik, umurnya tak la tua sangat, saya agak.
“mak cik duduk sini lah”, lebih kurang ayat saya macam tu lah.
Mak cik tadi dengan segera mengambil tempat duduk tu. Apa yang saya angankan untuk membuat pahala, tetapi bertukar dosa pulak. Dah la dapat duduk, terima kasih pun tidak, dia duduk tempat saya muka dihadapkan ketingkap. Sebagai manusia normal menyirap jugak saya. Senyum la sedikit kalau dah bisu sampai nak ucap terima kasih pun payah.
Kalau lah silibus matapelajaran hendak diubah, saya akan mencadangkan supaya slogan “matilah orang yang lebih tua” ditukar kepada “hormatilah orang yang menghormati kita”. Ia adalah tidak adil kepada yang muda kerana yang muda sahaja perlu menghormati yang tua. Dan yang tua tak perlu hormat yang muda. Saya bukanlah jenis yang emotional, Cuma saya menyampaikan pandangan saya. Samada anda setuju atau tidak, ia tidak memberi apa2 kesan kepada saya.
Bercakap tentang hotmat-menghormati jugak, saya sebenarnya cubauntuk menghormati setiap pelajar dalam kelas saya. Saya cubasenyum dengan mereka terlebih dahulu kerana saya yakin mereka tidak akan senyum dahulu kerana mereka mungkin bimbang sekiranya sapaan mereka tidak akan dibalas. Namun apa yang saya dapat ialah, semakin saya menghormati mereka mereka akan mengambil kesempatan sehingga ada sesetengahnya yang menganggap saya sebagai kawan seperkuliahan mereka. Em…boleh ke macam tu? Saya sedang cubauntuk menjadi pengajar yang mesra pelajar, tetapi kini saya perlu berfikir semula.
Saya membayangkan kalau saya berbaik dengan pelajar mereka akan mendengar cakap saya dan tidak membantah arahan2 saya, maka saya akan senang dan pelajar saya pun akan senang. saya bukannya suruh mereka ini pergi berperang, atau membuat terjunan bunjee tanpa tali diikat di kaki. Arahan2 yang mudah pun mereka tak dapat nak ikut. Kadang2 mereka yang segelintir ini, seolah2 mencabar balik. Mungkin kerana mereka melihat pengajar yang sedang megajar itu mempunyai budi bahasa yang tinggi dan bersopan santun maka mereka menguji kekerasan kepala mereka.
Saya bukannya nak meluahkan perasaan saya kat sini, saya Cuma menegur, saya membayangkan semasa saya menjadi pelajar di Universiti dahulu. Walaupun ia hanyalah universiti tempatan, di Malaysia juga, tetapi pelajarnya tahu membezakan antara yang betul dan tak betul. Tidak ada pelajar yang berani bercakap secara “lebih-kurang” dengan pengajar. Mereka akan mengikut dengan tekun setiap aarahan yang diberikan. Sekiranya tidak puas hati, kami akan berkumpul pada jarak 10 KM dari kampus dan mengutuk pengajar yang kami tak suka. Kami tak pernah membunyikan suara dalam kelompok yang ramai didalam kelas.
Mungkin jenis pelajar yang berada disini berlainan baka dengan jenis pelajar di tempat saya dulu. Mungkin juga tempat yang saya menuntut dahulu tidak begitu moden dan maju seperti disini. Atau mungkin pelajar disini mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding pelajar di kampus saya dahulu.
Saya dapat rasakan yang saya perlu mengikut rentak pelajar-pelajar disini.
Hujan sudah pun berhenti.
Saya perlu balik sekarang. Selamat bercuti kepada semua. Penuhi masa cuti kamu dengan aktiviti yang berfaedah. Sampai jumpa lagi di semester yang akan datang
Ikhlas,
Che Mie,
Taman hijrah, kangar
No comments:
Post a Comment