Nicol N David sepatutnya memenangi pingat emas pada sukan komanwel yang diadakan baru-baru ini. Tetapi atas sebab-sebab tertentu beliau gagal. Antara factor-faktor yang menyebabkan kegagalan beliau, adalah seperti yang dikatakan oleh beliau iaitu …sila rujuk paper or Tanya dia la bro ;-)….tapi saya percaya, antara sebab-sebab utama ialah beliau mungkin bermain dibawah tekanan mental yang amat tinggi. Beliau pergi kesana bersama-sama harapan yang tinggi daripada seluruh rakyat
Malaysiadan ehem ehem ehem abang jugak…….;-)
Nampak macam agak lama saya tak menulis kat sini, saya ada sedikit kerja berat yang perlu dibereskan. Em sebelum tu, mungkin ada yang bertanya apakah kelayakan saya untuk memberi leteran kepada kamu. Selalu jugak saya asyik membebel kat kamu. Sekarang, biar saya jawab, saya adalah seorang pak cik yang berusia 45 tahun (sila rujuk profile saya), maka dengan pengalaman hidup selama 45 tahun, saya sudah tentu saya lebih banyak makan garam. Dan sebab itulah jugak darah saya tinggi ;-) Saya juga telah melalui apa yang kamu lalui sekarang. Bukan sekali, malahan berkali-kali.
Agaknya dah cukup saya beritahu kenapa saya boleh nasihatkan kamu? Kamu nak lagi???!! Saya dah berkerut dahi ni, mata saya pun dah mengecil, ada sapa2 berani Tanya lagi?
Tajuk diatas tidak mempunyai sebarang kaitan dengan silibus kejuruteraan yang diajar di dewan kuliah, dan tiada kredit jam diberikan sekiranya kamu Berjaya membaca keseluruhan teks ini. Sekiranya kamu Berjaya membaca, tahniah diucapkan. Jangan bimbang, tiada sebarang pengiraan yang kompleks akan digunakan untuk menerangkan konsep-konsep kejuruteraan pengurusan tekanan ini. Juga, tiada minuman ringan disediakan untuk meraikan kejayaan sekiranya kamu selesai membaca karangan saya.
Dan kamu juga tak perlu belanja saya kerana terhutang budi dengan nasihat yang diberi. Tapi kamu amat digalakkan untuk belanja saya sekiranya mendapat results yang baik nanti.
Dan…..jeng jeng jeng kuliah kita akan bermula sekarang..kamu pun mungkin tak sabar nak tahu apa itu “kejuruteraan pengurusan tekanan” bukan.
“wahai tok guru yang budiman cepatlah ajar kami”, saya dengar ada suara yang bercakap…” ehem.. sabarlah wahai pelajar2 ku yang bijaksana”, balas saya ;-)
Dalam saat-saat kritikal kamu menghampiri final exam, saya percaya berbagai penyakit akan menghinggapi kamu. Antara penyakit-penyakit popular adalah seperti sakit perut, demam panas, sakit kepala, bercakap sorang-sorang, ketawa sorang-sorang dan berbagai-bagai lagi. Namun begitu disaat-saat inilah kamu sepatutnya peka dengan kesihatan kamu. Jangan memberikan tekanan yang terlalu tinggi…. Walaupun kamu satu-satunya harapan keluarga untuk mendapatkan kejayaan, pastikan diri kamu dalam keadaan yang fit untuk menghadapi final atau kamu akan mengecewakan mereka yang memberikan harapan pada kamu.
Mengecewakan harapan orang yang kita sayang sememangnya
cubakita elakkan. Datangnya kamu universiti ini, sudah pasti ibu bapa kita, tok wan, tok, sedara mara dan jugak partner kita @ marka kita, memberi harapan yang tinggi. Mereka semua mengharapkan kejayaan kamu. Mungkin, kamu berasa rimas dengan harapan yang mereka berikan, tetapi kamu sedarkah siapa kamu? Kamu sebenarnya berhutang dengan mereka-mereka yang disebutkan diatas, tetapi mereka yang disebutkan diatas hampir pasti tidak akan meminta kamu membayar balik hutang-hutang itu beserta faedah/bunganya.
Untuk memastikan kamu dapat keluar dari dewan peperiksaan dengan tersenyum riang adalah dengan memulakan study lebih awal. Itu adalah mandatory. Saya masih ingat saya ada menasihatkan kamu dalam buletin2 yang terdahulu. Tetapi saya sama sekali tak akan bercakap mengenai perkara itu disini.
Sekarang kamu sudah berada tidak jauh dari tarikh final, apa yang penting sekarang kamu perlu menjaga kesihatan diri kamu. Dengan cuaca yang tak menentu, kadang-kadang hujan dan panas yang terlampau boleh menyebabkan kamu mencipta pelbagai alasan sekiranya gagal menjawab final exam dengan baik.
“aku demam, sebablah tu lah tak boleh jawab final”
“aku pening kepala sebab kena hujan semalam”
“aku rasa bla…. Bla….bla…”
Semua yang diatas adalah alasan biasa yang boleh didengar kalau seseorang itu gagal menjawab soalan final dengan baik. Sepatutnya sebagai seorang jurutera, kamu sepatutnya, kalau gagal menjawab final dengan baik, memberi alasan yang lebih baik dan konkrit. Sebelum kita pergi jauh biar saya ajar kamu alasan konkrit sebagai seorang engineer.
“saya tak boleh jawab soalan tadi kerana demam, tahap kepanasan dalam badan saya menyamai suhu yang digunakan untuk buat welding kat bengkel pusat kejuruteraan”
“semalam saya terkena renjatan elektrik 500A, 1000V, itu menyebabkan saya hilang ingatan”
“pagi tadi, sebelum masuk dewan exam, saya telah digunakan sebagai objek untuk projek lukisan autocad kawan sebelah rumah saya, itu lah sebabnya saya tak dapat concentrate dalam exam”
Cukup tak 3 alasan diatas? ;-)
Kamu sepatutnya berada dalam zon yang selesa pada waktu ini. Gunakan masa yang hampir suntuk untuk bertenang dan membuat ulang kaji yang ringkas. Jangan bebankan diri.
Adapelbagai cara untuk relaks kandiri kamu. Bagi menjimatkan ruang server frenster ni, biarlah saya listkan sahaja, dan tiada penjelasan detail diberikan untuk setiapnya.
**Sentiasa berfikiran positif.Kalau kamu tak paham apa itu fikiran positif, ia mudah sahaja. Fikirkan nombor-nombor positif sahaja, iaitu nombor yang bermula dari sifar hingga ke infiniti. Jangan fikirkan nombor bawah dari sifar. (….-3,-2,-1 –ini nombor negative) (1,2,3,…..hah ni nombor positif)
**Sentiasa focus dengan apa yang dibuat. Walaupun kamu sedang membaca cerpan ini ;-)
**Bersukan. Ini ada lah cara yang baik untuk menenangkan fikiran. Kamu tak perlu menjadi atlit Negara apabila setiap kali bersukan, cukup lah sekadar berpeluh. Saya tak pandai explain pasal sukan. Saya tak begitu berminat dengan sukan.
**Bersembang.
Cuba lah bersembang dengan kawan2 kamu atau jiran-jiran sebelah menyebelah. Tapi pastikan kamu jangan bersembang dengan dinding atau pun objek2 lain. Kalau kamu ada terlihat kawan2 kamu bercakap dengan dinging, laporkan segera pada saya ;-). Tapi jangan sesekali berdebat. Kalau nak berdebat, masuklah pertandingan debat.
**Menonton. Tak kisah lah nak menonton apa-apa pun. Tetapi pastikan selain dari cerita yang ….>8-O. Tak pun cubanonton bujang senang kat pawagam. Filem terbaru. Saya nak pi tengok hujung minggu ni.
Adasape2 nak ikut. Dengar kata Best cerita dia. Walaupun ia adalah lawak yang tak pandai, tapi sure boleh relaks kandiri kita.
**Menyanyi. Ha ini saya suka. Saya paling suka menyanyi time drive motor. Saya boleh nyanyi kuat2. kalau kamu nak rasa macam mana saya rasa, kamu boleh
cuba. Pastikan jangan menyanyi kat tempat orang ramai, kalau kamu kena belasah saya akan mengaku tak kenal kamu ;-)
**Makan. Tapi jangan makan, makanan yang memudaratkan pulak. Makan makanan kegemaran pun boleh meredakan tekanan.
**Mengorat awek/pakwe. Yang ni lagi best. Tapi kalau kamu dah ada pakwe/makwe jgn pulak nak cuba. Kang lagi tensyen. Memerasankan orang lain adalah kejayaan bagi pengorat-pengorat ;-)…..emmm….saya tak pernah cuba.
**Membaca majalah hiburan. Saya cukup suka baca majalah mangga. Setiap kali baca mesti saya akan mengutuk setiap artis yang ada dalam majalah tu ha ha ha. Hem….dah berapa ribu kilogram dah dosa saya ngutuk artis2 tu….:-(….entahlah bila nak bertobat ni.
Cuba kutuk Mawi, mesti kamu rasa tenang je minda ha ha ha…asyik2 mawi asyik mawi…kita tak main world tau….kita global..
**Bersembahyang dan membaca quran. Inilah yang terbaik. Tak ada komen dari saya.
Hah itu lah serba sedikit, kejuruteraan pengurusan tekanan….hmmmm tak ada apa2 pun…tajuk saja gempak huhu hu
He he he… Nampaknya kamu dah bersedia untuk meraikan kejayaan kamu walaupun kamu belum memasuki final exam. Kamu dah boleh fikirkan apa yang kamu nak belanja saya. Saya tak minta kfc, mcD atau pun Linda ikan bakar, saya dah cukup bertuah kalau kamu boleh belanja saya pizza bagi meraikan kejayaan kamu.
Pesanan saya, macam yang selalu saya cakap kat anak2 saya. Jangan main hujan, jangan main panas, jangan dan jangan dan jangan…..
Ah-ha, apa motif saya selalu membebel dan menyibuk ni?
Saya tak skema jawapan untuk soalan itu. Kamu cari lah sendiri.
Selamat menyambut minggu study.
Ikhlas,
Che Mie,
TamanHijrah,
Kangar.
Kisah hidup seorang penjawat awan yang bekerja di Kuala Perlis. Kisah yang sederhana dan sesuai dengan status penjawat awam.
Tuesday, May 16, 2006
Kejuruteraan pengurusan tekanan & sedikit leteran ;-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment