Tuesday, May 16, 2006

Hormat bila dihormati

A’kum..

Hem…….di luar sana hujan masih lebat, mencurah2 turunnya. Nampaknya saya terpaksalah menunggu hujan berenti sebelum dapat pergi ke tempat parking kereta. Tapi tak apa, jam baru pukul 4.35 ptg. Saya terus masuk ke kedai kopi dan memesan secawan teh panas.

Saya tak perlu bimbang kalau2 lewat kerana saya bersendirian ke sini. Datang tengok wayang, cerita wayang tu is M.I.III, Bosan sangat kat rumah. Movie tadi pukul 11.35 pagi, habis pukul 1.15 tgh hari, selebihnya saya di kedai buku popular.Ada banyak buku terbaru, saya berminat dengan novel The Da Vinci Code, tulisan Dan Brown. Apa lagi saya terus kendong ler, lepas tu terus ke rak buku yang bersebelahan dan mencapai buku terbaru tulisan Azizi Ali. Sebelum membayar saya khatam kanmajalah perajurit terbaru, majalah mingguan wanita, URTV dan remaja. Huhuhu tak payah beli ;-)

Ohh! Saya tak bosan la keluar sorang2. memang selalu pun saya keluar sorang, Marka pulak tak dapat cuti, so single la kejap, lagi pun seronok, saya bebas nak kemana2. dia tak suka kalau saya melepak lama sangat kat kedai buku, selalunya dia bagi setengah jam saja, mana sempat!! Memang saya jenis yang macam ni, suka bersendirian kalau nak kemana2. walaupun saya berdating pada hari ini, saya pasti pada esoknya saya akan datang bersendirian pulak. Saya memang tak suka keluar beramai2. sebabnya mudah, kalau keluar beramai2 pasti akan ada yang melantik diri mereka sebagai ketua, dan mereka inilah yang akan memandu perjalanan kumpulan kami. Ini membosankan, dan selalunya banyak masa akan dibazirkan. Masa kami akan dibazirkan di tempat2 yang mereka suka. Mereka tak akan jejak kaki ke kedai buku, mereka anggap kedai buku itu seolah-olah sauna yang bersuhu 5000 darjah celcius. Selain itu, Mereka yang melantik diri mereka menjadi ketua biasanya mempunyai ciri2 panas baran, samseng tak bertempat. Saya pulak jenis yang tak suka bercakap banyak. Jadi untuk mengamankan suasana dan menjadi kawan paling baik yang datang dari syurga maka saya selalunya akan mengalah.

Makin lebat pulak hujan kat luar tu, tempiasnya sampai ke meja saya.
“Air cik”, waiter yang berkulit agak gelap yang saya agak keturunan mamak menghidangkan saya air.

‘terima kasih”, balas saya ringkas.

Sambil tersenyum pelayan tadi beredar.
Sambil minum sayacubamengingat kembali kejadian yang berlaku semasa saya hendak datang kesini. Seorang pak cik yang berusia kira2 50an memandu kereta. Pak cik ni sebenarnya telah membuat jantung saya berdegup dengan kencang dan menyebabkan badan saya berpeluh walaupun saya sebenarnya memandu kereta dan aircond di pasang sehingga maksimum. Pak cik ini menaiki kereta proton iswara yang agak baru pada pandangan saya. Tetapi apa yang membuatkan saya berasa mendidih ialah, dia dengan sengaja, tanpa memberi lampu isyarat memecut dengan laju dan cuba merampas jalan saya. Hampir2 accident dibuatnya.

Masya-Allah….geram betul. Kenapa dia buat buat macam tu, nak kata dia tergesa2 ke sesuatu tempat, tak pun. Saya tahu sebab dia berseorangan, dan bila dah berjaya merampas jalan saya, dia memandu dengan cukup perlahan seolah2 mahu mencabar saya…adakah kerana dia merasakan diri nya tua maka orang lain patut menghormati mereka secara berlebih-lebihan?

Saya masih ingat semasa disekolah, saya dan kamu semua juga diajar untuk menghormati mereka yang lebih tua, sehingga dimana2 pun kalau kita berjalan2 mesti akan ada iklan yang memaksa kita menghormati orang yang lebih tua. Saya pada ketika ini merasakan apa yang diajar disekolah dulu sama sekali tidak berguna. Sepatutnya kita semua diajar supaya menghormati orang yang menghormati kita. Tidak kira walaupun kanak2 yang berusia 6-7 tahun sekali pun. Sekiranya budak2 ini boleh meghormati kita, maka kita patut hormatkan mereka semula. Apakah kita ni terlalu besar sangat utk menghormati orang lain?

Saya sendiri tak pernah tidak menghormati mereka yang lebih tua, malahan berlebih-lebihan pulak. Namun begitu apa yang saya dapat, mereka pula cubamengambil kesempatan.Cubakamu semua beratur di pejabat pos, pasti akan ada orang tua yang berlakon seolah2 mereka berusia 298 tahun dan mempunyai seratus penyakit untuk memintas barisan kamu. Dah la memintas, tiada sebarang ucapan penghargaan diberikan. Mereka pun tak senyum Saya yakin kita membantu kerana ikhlas, tetapi tidak sepatutnya mereka memotong dengan begitu sahaja. Minta kebenaran, senyum sedikit. Ini susah betul nak senyum. Adakah mereka ini terlalu cantik untuk menyedekahkan senyuman? Dan adakah budak2 berusia 20an tidak layak menerima senyuman mereka? Mengapa begitu? Adakah sebab mereka tua? Yang menyakitkan hati saya, selepas sahaja selesai berurusan, mereka akan kembali berusia seolah2 29 tahun. Cergas dan tersenyum riang.

Begitu juga kalau menaiki bas (zaman2 saya student), kita sering diajar supaya memberi tempat duduk kepada mereka yang memerlukan. Pernah sekali saya memberikan tempat duduk saya kepada seorang mak cik, umurnya tak la tua sangat, saya agak.

“mak cik duduk sini lah”, lebih kurang ayat saya macam tu lah.

Mak cik tadi dengan segera mengambil tempat duduk tu. Apa yang saya angankan untuk membuat pahala, tetapi bertukar dosa pulak. Dah la dapat duduk, terima kasih pun tidak, dia duduk tempat saya muka dihadapkan ketingkap. Sebagai manusia normal menyirap jugak saya. Senyum la sedikit kalau dah bisu sampai nak ucap terima kasih pun payah.

Kalau lah silibus matapelajaran hendak diubah, saya akan mencadangkan supaya slogan “matilah orang yang lebih tua” ditukar kepada “hormatilah orang yang menghormati kita”. Ia adalah tidak adil kepada yang muda kerana yang muda sahaja perlu menghormati yang tua. Dan yang tua tak perlu hormat yang muda. Saya bukanlah jenis yang emotional, Cuma saya menyampaikan pandangan saya. Samada anda setuju atau tidak, ia tidak memberi apa2 kesan kepada saya.

Bercakap tentang hotmat-menghormati jugak, saya sebenarnya cubauntuk menghormati setiap pelajar dalam kelas saya. Saya cubasenyum dengan mereka terlebih dahulu kerana saya yakin mereka tidak akan senyum dahulu kerana mereka mungkin bimbang sekiranya sapaan mereka tidak akan dibalas. Namun apa yang saya dapat ialah, semakin saya menghormati mereka mereka akan mengambil kesempatan sehingga ada sesetengahnya yang menganggap saya sebagai kawan seperkuliahan mereka. Em…boleh ke macam tu? Saya sedang cubauntuk menjadi pengajar yang mesra pelajar, tetapi kini saya perlu berfikir semula.

Saya membayangkan kalau saya berbaik dengan pelajar mereka akan mendengar cakap saya dan tidak membantah arahan2 saya, maka saya akan senang dan pelajar saya pun akan senang. saya bukannya suruh mereka ini pergi berperang, atau membuat terjunan bunjee tanpa tali diikat di kaki. Arahan2 yang mudah pun mereka tak dapat nak ikut. Kadang2 mereka yang segelintir ini, seolah2 mencabar balik. Mungkin kerana mereka melihat pengajar yang sedang megajar itu mempunyai budi bahasa yang tinggi dan bersopan santun maka mereka menguji kekerasan kepala mereka.

Saya bukannya nak meluahkan perasaan saya kat sini, saya Cuma menegur, saya membayangkan semasa saya menjadi pelajar di Universiti dahulu. Walaupun ia hanyalah universiti tempatan, di Malaysia juga, tetapi pelajarnya tahu membezakan antara yang betul dan tak betul. Tidak ada pelajar yang berani bercakap secara “lebih-kurang” dengan pengajar. Mereka akan mengikut dengan tekun setiap aarahan yang diberikan. Sekiranya tidak puas hati, kami akan berkumpul pada jarak 10 KM dari kampus dan mengutuk pengajar yang kami tak suka. Kami tak pernah membunyikan suara dalam kelompok yang ramai didalam kelas.
Mungkin jenis pelajar yang berada disini berlainan baka dengan jenis pelajar di tempat saya dulu. Mungkin juga tempat yang saya menuntut dahulu tidak begitu moden dan maju seperti disini. Atau mungkin pelajar disini mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding pelajar di kampus saya dahulu.

Saya dapat rasakan yang saya perlu mengikut rentak pelajar-pelajar disini.
Hujan sudah pun berhenti.

Saya perlu balik sekarang. Selamat bercuti kepada semua. Penuhi masa cuti kamu dengan aktiviti yang berfaedah. Sampai jumpa lagi di semester yang akan datang

Ikhlas,
Che Mie,
Taman hijrah, kangar

Kenangan cinta

Kenangan Cinta

Kenangan saat berputiknya cinta bersama
Ingat semua... padaku berdua
Mengapa... kesudahan begini yang kau pinta
Mengakhirkan cinta kita
Siapa... Sebenarnya...
Yang menjadi punca perpisahan kita
Cinta dan perasaanku hancur kini
Kau pergi... (kau pergi)
Andainya engkau tahu
Perasaan ini Ku kan pasti kau mengerti
Menangis sendiri
Pintaku hanya satu
Sebelum berlalu
Jika engkau disakiti
Pulanglah...
Kan ku nanti kau kembali oh sayang

ini adalah lagu dari kumpulan rap yang saya minat masa darjah 4 dulu, 4U2C.
kenapa saya blog kan lagu ni?
ha ha ha sebab saya suka lagu ni.


chiow,
Che Mie
Kangar, Perlis.

Album terbaru M. Nasiq

M. Nasir akan keluarkan album baru...kalau tak silap saya hujung bulan ni...tapi saya rasa macam dah tak sabar nak copy yang pirate punya dalam website. huhuhu walaupun copy pirate saya tetap jugak beli yang original. satu lagu yang selalu dimainkan kat radio tu.... memang best. lirik power, biasa la sifu, lagu dia pulak, macam main2 jek, tapi memang sedap didengar...

kat sini saya boleh kongsi lirik je lah dgn kamu, elok untuk realease tension time2 nak exam ni....ha ha ha ha terimalah......


juwita (citra terindah) -- terima kasih pada xitayx.blogdrive.com

bagaimanakah aku gambarkan
rasa yang membakar jiwaku
tiada kata yang tak cliche
bagai habis bahasa bermutu
sedang engkau teristimewa buat diriku
ilham tugu taj mahal didirikan
barangkali kita perlu
melihat di sebalik materi
kau wanita, aku lelaki
ayuhlah kita mengikat janji
kau juwita menolak segala dusta
citra terindah
cerita yang pasti
kuserahkan nasibku pada cinta murni
untuk kau kurasakan bukti
patahkanku hancurkan badanku ini
kau tetap menjadi...oooo oooo pujaan...oooo oooo juwita...
kau segala galanya
kau juwita
meredakan jiwa yang lara
menggoncang kalbu
yang lama membeku
kuserahkan nasibku pada cinta murni
untuk kau kurasakan bukti
patahkanku hancurkan badanku ini
kau tetap menjadi...oooo oooo pujaan...
oooo oooo juwita...
sempurnakan cintaku!

----------by: m. nasir----------


layan sajalah,
che mie, kangar.

Kejuruteraan pengurusan tekanan & sedikit leteran ;-)


Nicol N David sepatutnya memenangi pingat emas pada sukan komanwel yang diadakan baru-baru ini. Tetapi atas sebab-sebab tertentu beliau gagal. Antara factor-faktor yang menyebabkan kegagalan beliau, adalah seperti yang dikatakan oleh beliau iaitu …sila rujuk paper or Tanya dia la bro ;-)….tapi saya percaya, antara sebab-sebab utama ialah beliau mungkin bermain dibawah tekanan mental yang amat tinggi. Beliau pergi kesana bersama-sama harapan yang tinggi daripada seluruh rakyat
Malaysiadan ehem ehem ehem abang jugak…….;-)

Nampak macam agak lama saya tak menulis kat sini, saya ada sedikit kerja berat yang perlu dibereskan. Em sebelum tu, mungkin ada yang bertanya apakah kelayakan saya untuk memberi leteran kepada kamu. Selalu jugak saya asyik membebel kat kamu. Sekarang, biar saya jawab, saya adalah seorang pak cik yang berusia 45 tahun (sila rujuk profile saya), maka dengan pengalaman hidup selama 45 tahun, saya sudah tentu saya lebih banyak makan garam. Dan sebab itulah jugak darah saya tinggi ;-) Saya juga telah melalui apa yang kamu lalui sekarang. Bukan sekali, malahan berkali-kali.

Agaknya dah cukup saya beritahu kenapa saya boleh nasihatkan kamu? Kamu nak lagi???!! Saya dah berkerut dahi ni, mata saya pun dah mengecil, ada sapa2 berani Tanya lagi?

Tajuk diatas tidak mempunyai sebarang kaitan dengan silibus kejuruteraan yang diajar di dewan kuliah, dan tiada kredit jam diberikan sekiranya kamu Berjaya membaca keseluruhan teks ini. Sekiranya kamu Berjaya membaca, tahniah diucapkan. Jangan bimbang, tiada sebarang pengiraan yang kompleks akan digunakan untuk menerangkan konsep-konsep kejuruteraan pengurusan tekanan ini. Juga, tiada minuman ringan disediakan untuk meraikan kejayaan sekiranya kamu selesai membaca karangan saya.
Dan kamu juga tak perlu belanja saya kerana terhutang budi dengan nasihat yang diberi. Tapi kamu amat digalakkan untuk belanja saya sekiranya mendapat results yang baik nanti.

Dan…..jeng jeng jeng kuliah kita akan bermula sekarang..kamu pun mungkin tak sabar nak tahu apa itu “kejuruteraan pengurusan tekanan” bukan.
“wahai tok guru yang budiman cepatlah ajar kami”, saya dengar ada suara yang bercakap…” ehem.. sabarlah wahai pelajar2 ku yang bijaksana”, balas saya ;-)

Dalam saat-saat kritikal kamu menghampiri final exam, saya percaya berbagai penyakit akan menghinggapi kamu. Antara penyakit-penyakit popular adalah seperti sakit perut, demam panas, sakit kepala, bercakap sorang-sorang, ketawa sorang-sorang dan berbagai-bagai lagi. Namun begitu disaat-saat inilah kamu sepatutnya peka dengan kesihatan kamu. Jangan memberikan tekanan yang terlalu tinggi…. Walaupun kamu satu-satunya harapan keluarga untuk mendapatkan kejayaan, pastikan diri kamu dalam keadaan yang fit untuk menghadapi final atau kamu akan mengecewakan mereka yang memberikan harapan pada kamu.

Mengecewakan harapan orang yang kita sayang sememangnya
cubakita elakkan. Datangnya kamu universiti ini, sudah pasti ibu bapa kita, tok wan, tok, sedara mara dan jugak partner kita @ marka kita, memberi harapan yang tinggi. Mereka semua mengharapkan kejayaan kamu. Mungkin, kamu berasa rimas dengan harapan yang mereka berikan, tetapi kamu sedarkah siapa kamu? Kamu sebenarnya berhutang dengan mereka-mereka yang disebutkan diatas, tetapi mereka yang disebutkan diatas hampir pasti tidak akan meminta kamu membayar balik hutang-hutang itu beserta faedah/bunganya.

Untuk memastikan kamu dapat keluar dari dewan peperiksaan dengan tersenyum riang adalah dengan memulakan study lebih awal. Itu adalah mandatory. Saya masih ingat saya ada menasihatkan kamu dalam buletin2 yang terdahulu. Tetapi saya sama sekali tak akan bercakap mengenai perkara itu disini.

Sekarang kamu sudah berada tidak jauh dari tarikh final, apa yang penting sekarang kamu perlu menjaga kesihatan diri kamu. Dengan cuaca yang tak menentu, kadang-kadang hujan dan panas yang terlampau boleh menyebabkan kamu mencipta pelbagai alasan sekiranya gagal menjawab final exam dengan baik.

“aku demam, sebablah tu lah tak boleh jawab final”

“aku pening kepala sebab kena hujan semalam”

“aku rasa bla…. Bla….bla…”

Semua yang diatas adalah alasan biasa yang boleh didengar kalau seseorang itu gagal menjawab soalan final dengan baik. Sepatutnya sebagai seorang jurutera, kamu sepatutnya, kalau gagal menjawab final dengan baik, memberi alasan yang lebih baik dan konkrit. Sebelum kita pergi jauh biar saya ajar kamu alasan konkrit sebagai seorang engineer.

“saya tak boleh jawab soalan tadi kerana demam, tahap kepanasan dalam badan saya menyamai suhu yang digunakan untuk buat welding kat bengkel pusat kejuruteraan”

“semalam saya terkena renjatan elektrik 500A, 1000V, itu menyebabkan saya hilang ingatan”

“pagi tadi, sebelum masuk dewan exam, saya telah digunakan sebagai objek untuk projek lukisan autocad kawan sebelah rumah saya, itu lah sebabnya saya tak dapat concentrate dalam exam”

Cukup tak 3 alasan diatas? ;-)


Kamu sepatutnya berada dalam zon yang selesa pada waktu ini. Gunakan masa yang hampir suntuk untuk bertenang dan membuat ulang kaji yang ringkas. Jangan bebankan diri.
Adapelbagai cara untuk relaks kandiri kamu. Bagi menjimatkan ruang server frenster ni, biarlah saya listkan sahaja, dan tiada penjelasan detail diberikan untuk setiapnya.

**Sentiasa berfikiran positif.Kalau kamu tak paham apa itu fikiran positif, ia mudah sahaja. Fikirkan nombor-nombor positif sahaja, iaitu nombor yang bermula dari sifar hingga ke infiniti. Jangan fikirkan nombor bawah dari sifar. (….-3,-2,-1 –ini nombor negative) (1,2,3,…..hah ni nombor positif)

**Sentiasa focus dengan apa yang dibuat. Walaupun kamu sedang membaca cerpan ini ;-)

**Bersukan. Ini ada lah cara yang baik untuk menenangkan fikiran. Kamu tak perlu menjadi atlit Negara apabila setiap kali bersukan, cukup lah sekadar berpeluh. Saya tak pandai explain pasal sukan. Saya tak begitu berminat dengan sukan.

**Bersembang.
Cuba lah bersembang dengan kawan2 kamu atau jiran-jiran sebelah menyebelah. Tapi pastikan kamu jangan bersembang dengan dinding atau pun objek2 lain. Kalau kamu ada terlihat kawan2 kamu bercakap dengan dinging, laporkan segera pada saya ;-). Tapi jangan sesekali berdebat. Kalau nak berdebat, masuklah pertandingan debat.

**Menonton. Tak kisah lah nak menonton apa-apa pun. Tetapi pastikan selain dari cerita yang ….>8-O. Tak pun cubanonton bujang senang kat pawagam. Filem terbaru. Saya nak pi tengok hujung minggu ni.
Adasape2 nak ikut. Dengar kata Best cerita dia. Walaupun ia adalah lawak yang tak pandai, tapi sure boleh relaks kandiri kita.

**Menyanyi. Ha ini saya suka. Saya paling suka menyanyi time drive motor. Saya boleh nyanyi kuat2. kalau kamu nak rasa macam mana saya rasa, kamu boleh
cuba. Pastikan jangan menyanyi kat tempat orang ramai, kalau kamu kena belasah saya akan mengaku tak kenal kamu ;-)

**Makan. Tapi jangan makan, makanan yang memudaratkan pulak. Makan makanan kegemaran pun boleh meredakan tekanan.

**Mengorat awek/pakwe. Yang ni lagi best. Tapi kalau kamu dah ada pakwe/makwe jgn pulak nak cuba. Kang lagi tensyen. Memerasankan orang lain adalah kejayaan bagi pengorat-pengorat ;-)…..emmm….saya tak pernah cuba.

**Membaca majalah hiburan. Saya cukup suka baca majalah mangga. Setiap kali baca mesti saya akan mengutuk setiap artis yang ada dalam majalah tu ha ha ha. Hem….dah berapa ribu kilogram dah dosa saya ngutuk artis2 tu….:-(….entahlah bila nak bertobat ni.
Cuba kutuk Mawi, mesti kamu rasa tenang je minda ha ha ha…asyik2 mawi asyik mawi…kita tak main world tau….kita global..

**Bersembahyang dan membaca quran. Inilah yang terbaik. Tak ada komen dari saya.

Hah itu lah serba sedikit, kejuruteraan pengurusan tekanan….hmmmm tak ada apa2 pun…tajuk saja gempak huhu hu

He he he… Nampaknya kamu dah bersedia untuk meraikan kejayaan kamu walaupun kamu belum memasuki final exam. Kamu dah boleh fikirkan apa yang kamu nak belanja saya. Saya tak minta kfc, mcD atau pun Linda ikan bakar, saya dah cukup bertuah kalau kamu boleh belanja saya pizza bagi meraikan kejayaan kamu.
Pesanan saya, macam yang selalu saya cakap kat anak2 saya. Jangan main hujan, jangan main panas, jangan dan jangan dan jangan…..
Ah-ha, apa motif saya selalu membebel dan menyibuk ni?
Saya tak skema jawapan untuk soalan itu. Kamu cari lah sendiri.

Selamat menyambut minggu study.

Ikhlas,
Che Mie,
TamanHijrah,
Kangar.

Ha Ha He He Hu Hu

A’kum dan selamat pagi dan selamat sejahtera…

Wah! Nyaman nya udara pagi ni…. Sejuk gila gila gila, kalau dapat sambung tidur pun best ni… tapi, tak boleh, walaupun slot untuk saya ngajar dah habis, tapi wajib touch jugak.. mana boleh ponteng … tak macam sesetengah diantara kamu, he he he jgn kecik hati, bukan saya kata kat smua… tapi saya confident, yang membaca bulletin ni mesti xpernah ponteng kelas kut…. Iye tak?

Sejak minggu lepas lagi kelas saya dah habis.. jadi, tak dapat la nak berletiaq (berleter) kat kamu lagi… tapi tak apa….. dengan adanya frenster ni saya masih boleh berkhutbah untuk kamu walau dimana pun kamu berada…
Hah! Bila kamu punya final exam bermula?

Cepat jawab!
.
.
.
.

Untuk jimatkan masa, biar saja saya yang jawab. Lebih kurang tiga minggu lagi kamu akan menghadapi final exam. Ha ha ha menggerunkan…. Tapi, bagi sesetangah orang saja la…..
Bersempena dengan persiapan menyambut final exam, saya gembira untuk berkongsi dengan kamu sebuah puisi yang di reka khas utk kamu semua…he he he terimalah…..

Haha hehe huhu

Ha ha ha….
Bermulanya semester ni, maka tak lama lagi I nak grad
I makin dewasa….. ;-)
Baki semester, tolak semester lepas
Wah! Dah tak lama dah I nak jadi engineer

Ha ha ha…
Bestnya,
PTPTN dah dah masuk
kanduit,
Wow! Pak cik kaya,
Jom kita ke aloq setar, jom kita ke penang, jom kita jalan2
Hujung sem, kita ronda dekat2 dah la…

Ha ha ha …
I nak tukar h/p baru la…
U ada cadangan?
U jangan buang masa….
Jom ikut I, kita pi survey.

Ha ha ha…
Eh cantiknya baju ni..
“cik, tak boleh kurang ke?”
“tak boleh ma…”
Ok, I bayar cash
U keep the change!

Ha ha ha…
Ujian sok?
Ala….
Adaapa dengan ujian
I boleh skor final la…
Wah! Takburnya I

Ha ha ha …
Eh! Lecturer suh beli buku teks ka?
Mahal tu…
Yo! Collect nama, kita Photostat saja
Ni la masa nak bejimat cermat
Pastu jerit kuat2, ramai2
Saya bijak berbelanja!
Kini baru saya sedar
Oh! Betapa pandainya saya!

He he he ….
Yang…jom teman I makan..
You pilih je
Ocean glow, Linda, KFC, Pizza
Semua I rela
La la la…

He he he….
Ola….
Yang… sempena ulang tahun kita
U nak apa?
Teddy bear?
Tak nak…..
Top-up?
Tak nak…
Abis tu?
Nak h/p baru …. Wakakaka*
Tak pe, demi U, I sanggup!
La la la…

He he he …
Yang….jom teman I g jejalan*
Tak boleh…I busy
Ala… I belanja la…
Tak boleh la….tak paham ke?
I nak merajuk la….
U merajuk? Nanti malam I kol U,
Kita sembang lama2
I dah spare pre-paid ni
Wakakaka*

Hu hu hu…
Kejap nya dah nak final
Tak sempat nak prepara la…
I kanbusy
Macam2 aktiviti ada

Hu hu hu …
Macam mana nak jawab ni
Ni semua salah lecturer *toot*
Tak pandai ngaja
Dah la tak hensem
Tak cantik pulak tu

Hu hu hu…..
Aduh! Geram nya masa tak cukup….
I boleh jawab tadi
Tapi masa tak cukup la
“so apa cadangan U?”
I rasa kalau ditambah lagi 5 jam mesti I boleh jawab
Kui kui kui *

Hu hu hu….
Lagi 10 minit!, kata lecturer tak hensem tu..
I tak boleh jawab la….
Rasa nak pengsan ni,
Semalam I deman,
Pasal demam la I tak boleh jawab

Hu hu hu….
Konfem fail paper ni…
I dah give up
Sure extend kalau macam ni
HA HA HA HE HE HE HU HU HU
Extend?
“Abang sentiasa ada disisi mu”
“dan, boleh tengok kamu membesar bagi sebagai johan”
Kata Che Mie

* gelak yang saya tak pernah guna.

Selamat belajar untuk final, mulakan study lebih awal, tak la berserabut nanti…
Jaga diri,

Sekadar beri nasihat,
Che Mie
Kuala Perlis, Perlis

Char koew teow

Char koew teow penang

Malam minggu yang lalu, saya ronda2 kat kuala perlis….sesaja nk lepaskan boring…pastu nak la berehat2 …. Iye la..asik tidor saja… sampai nak pejam mata pun dah tak larat. Rasa nak muntah saja bila pejam mata….

Sepanjang perjalanan saya tu, bersebelahan kedai menjahit baju…bertentangan dengannya, kedai jual VCD, ada satu gerai makan. gerai ni hanya buat makanan bergoreng dan berebus saja..

Asalnya saya Cuma jeling2 kat kedai makan tu, pastu bila Nampak je menu dia “char keow teow”… maka tanpa berlengah saya parking lah motor Honda wave kesayangan saya betul2 tepi kedai tu..
Belum sempat tongkat motor, saya terus order sepinggan Char Keow Teow special..
uisssshhhh!!! sedap ni....

Saya memang suka Char Keow Teow, kalau orang Tanya apa makanan kegemaran, saya akan pastikan Char Keow Teow akan berada di tangga teratas. Kalau ada sape yang tak pernah makan Char Keow Teow, sedapnya Char Keow Teow tak dapat nak digambarkan dan dituliskan… betul saya cakap, bukan nak tipu…..he he he so tak payah la saya ceritakan kesedapan dia kat sini, kan dah tak dapat nak digambarkan kesedapannya…
kalau nak tahu sedap ke tak, kamu kena la cuba sendiri..

Last-last, sampai jugak Char Keow Teow yang saya order, em….bau macam sedap..tapi sebaik saja Char Keow Teow tu mencecah lidah saya terus saya kutuk “cis, apa jenis Char Keow Teow ni?”
Tak sedap…tak ada rasa Char Keow Teow lansung…Char Keow Teow yang depa buat tu, bukan Char Keow Teow…tu keow teow berkuah minyak… walau pun tak sedap, tapi disebabkan saya kena jugak membayar, maka, saya dengan mata terkebil2 terpaksa la jugak menelan Char Keow Teow yang bukan Char Keow Teow tu…

So, kalau kamu teringin nak cuba Char Keow Teow yang power tu,
cuba kamu masak sendiri, especially kaum2 pompuan ;-), ni la pluang kamu nak belajar memasak kat bawah ni resepinya…. Huhu kalau tak jadi jangan salah
kansaya pulak, salahkan internet yang memberikan saya resepi palsu…..selamat mencuba ;-)


Resepi “Char Keow Teow”

1 Senduk Kecil Minyak Masak
½ Biji Bawang Putih (potong halus2)
1 Biji Telur
4 Ekor Udang (Byk pon tak per)
1 Sudu Cili (Boh @ Giling)
1 Genggam Keow Teow(Pilih paling halus)
1 Genggam Taugeh
1 Senduk Kicap Char Keow Teow Sedikit Kucai

Cara:
1)Panaskan Minyak
2)Masukkan Udang + Bawang + KeowTeow + Cili pastu kacau selama 10saat
3)Masukkan Taugeh + Kucai, kacau sikit dan terus tutup api.
4)Pecahkan telur dan masukkan kicap, kacau dan terus angkat (kena cepat kalau tak, takder kuah nanti... telur bagi 1/3 masak aje baru ada kuah)

Jangkamasa masak : 40saat (tgk besar mana korang pasang api)



selamat mencuba,
Che Mie
Kangar, Perlis

aku, kau dan saya ;-)

Kamu, dia dan pak cik ;-)

Assalamualaikum….

Apa khabaq adinda2 sekalian…? semoga berada dalam keadaan sihat..
kakanda di sini sihat walafiat…sudahkah kalian makan? (uiks skema purbakala la)
Bagi last group autocad ( kursus S.E) dan orcad (pembuatan) terima kasih atas kerjasama kamu sepanjang saya ngaja dan saya ucapkan selamat maju jaya..

Macam ayat yang selalu Arnolds~negger ( saya tak tau nak eja) guna dalam movie dia, “saya akan kembali ( í’ll be back)”..maka di pagi jumaat ini saya dengan hati yang berbunga2 sebab esok nak cuti, kembali menulis lagi…samada kamu suka atau tak, abang tak kisah ;-)

Sebenarnya, sampai hari ini saya masih tak berpuas hati dengan kemenangan mawi sebagai bintang paling popular yang brita harian anjurkan, bagi peminat mawi saya harap kamu jangan le marah saya….saya iklas bagitau kamu...saya tak minat mawi…saya suka marsha af3 ;-) , tu pun sikit je…..saya sebenarnya amat berharap farah af2 akan menang..tapi last2 mawiii ….jugak. dah dua tiga malam saya terjaga dari tidur, dan amat kesal dengan kemenangan mawi, hem…….saya dapat rasakan adanya komplot2 yang dilakukan oleh pihak2 tertentu yang mempunyai agenda tersendiri….emmm kamu nak tahu?
Ha ha ha itu cerita untuk lain hari loh….

Tajuk cerita saya ni nampaknya cuba memaksa dan menunjukkan saya ni sebagai seorang yang jiwang, tapi sebelum pergi lebih jauh saya sebenarnya bukan jiwang, kamu kena ingat tu…..saya ni sebenarnya (ehem! Ehem! ) romantic ja…macam leornado di caprio dalam filem titanic tu…biasa tengok tak? Kalau tak biasa tengok cuba cari CD/DVD pirate yang belambak kat pasa malam sebelah masjid kat kuala perlis….ntah ada tak ada, saya pun tak tau..

Pernah ada orang kata renungan saya, sekali tengok macam leornado, itu bukan saya yang cakap, orang lain yang cakap…tapi, selalunya saya bagi orang tengok muka saya sekali saja….terutama pandangan sisi sebelah kanan…sebab saya dah pasti kalau orang tengok saya untuk kali kedua entah macam siapa la pulak muka saya ni….
he he he sebelum kamu menyampah sebab saya dok lambung diri saya tinggi2, baik saya saya buat U-turn dan kembali ke cerita kita...

Bercinta dikalangan pelajar semasa masih belajar adalah perkara biasa kat mana2 tempat pengajian pun, hatta kat sekolah tadika sekali pun…
namun cerita kita untuk hari ni ialah….ops… kamu kena la baca karangan saya ni sampai habis, baru le boleh tahu apa yang saya nak cerita….rumusan tak disediakan no…….
ah-ha..kat KUKUM pun ramai yang bercouple-couple ni…ha ha ha jangan ingat saya tak tahu, pandangan mata saya amat tajam….walaupun kamu tengah berlari berkejaran kat tepi pantai, bercengkerama dibawah pokok nyioq ( kelapa), makan rojak kat pantai, saya boleh nampak dan cam kamu dengan baik sekali…kalau kamu nak tau saya pernah ditawarkan jawatan sebagai seorang penembak tepat atau sniper bagi tentera darat diraja Malaysia . Saya berkebolehan mengendalikan senapang M107 .50 …. Tapi, saya terpaksa menolak…saya pernah di beri latihan menembak sasaran dalam jarak 5 KM…jauh tu ….

Sebagai seorang sniper yang paling penting ialah penglihatan mestilah baik….tapi itu semua berakhir bila saya buat pemeriksaan mata dan disahkan rabun jauh dan kena pakai cermin mata …huhuhu…saya terima dengan hati yang terbuka sedih…..em kamu minat nak tahu lagi? Ha ha ha itu kita kena buat sesi bercerita di bawah pokok….sebab panjang sangat, tak boleh nak pendekkan dah….

Kat KUKUM pun, saya, selalu jugak nampak beberapa couple dok makan2, shoping2, naik escalator…. kekadang ada yang terkanoi ngn saya kat aloq star, kat kayangan Mall pun ada…mesra2 je ….. jeles la I tengok, bahagia je nampak… ha ha ha
Sebenarnya kalau ditanya saya adakah bercinta tu salah atau tidak? Saya akan menjawab salah pun ye tak salah pun ye…sebenarnya bergantung pada diri sendiri..kalau pandai bawak dan tak terbabas, bagus lah..,bercinta ni sebenarnya sedikit sebanyak mengajar kita menjadi lebih dewasa…. Kita akan tahu bagaimana nak bahagi masa, nak menguruskan perasaan, nak memujuk dan yang penting pandai menguruskan kewangan ha ha ha…

Kebaikan bercinta, kalau saya suruh sapa2 yang tengah bercinta, saya percaya dia mesti boleh list kan beratus2 kebaikan bercinta di kampus….antaranya sebagai pendorong untuk study, sebagai tempat meluahkan perasaan, lagi……sebagai teman study, kadang2 sebagai bank segera pun boleh jugak kah kah kah…..hah apa lagik yek? saya xdapat la nak senaraikan lagi….emmm….nampak sangat saya tak pernah bercouple masa kat kampus dulu…
Keburukan bercinta pulak, bagi yang tak pernah bercinta, pastinya boleh senaraikan beratus-ratus sebab keburukan bercinta…ada yang akan katakana sebagai buang masa, kalau gaduh tak boleh concentrate study, lagi apa lagik yek…nak kena jaga hati partner, tak boleh kelua ngan membe2, aaaaaaaaaaaaa….dan lain-lain lagi…malas nak memikir sebenarnya….tapi saya tak berani nak tanya keburukan bercouple kat orang yang bercouple, bahaya, kang depa akan melompat dan terus buka langkah ajak saya bersilat…mati la saya kena belasah nanti ha ha ha….

Adik-adik sekalian, sebenarnya apa2 yang kita buat, perlu ada perancangan dan selalulah ukur baju dibadan sendiri, ukur kasut di kaki sendiri, ukur duit, biar abang yang buat ha ha ha… abang memang expert bab ni …. He he he
Kalau kamu masih belajar, kamu jadilah pelajar sepenuh masa…dan bercouple tu jadikan sebagai part time…sebenarnya tak ada salah nya lansung….jangan over sudah lah…jangan sesekali berjanji nak terjun laut lah, nak hadiah kan bintang kejora la, nak order 10 bulan purnama la…nak belikan hand phone yang boleh disimpan dalam lubang telinga la, so 24 jam kamu boleh bersembang ha ha ha….semua tu tak perlu dik…

Sebagai pelajar yang memang pun seorang pelajar….kamu kena tahu bezakan mana yang penting dan yang tak penting, tak perlu lah terlalu obsess dengan percintaan kamu….masa untuk kamu bercinta masih panjang….tumpu
kanperhatian kamu dalam pelajaran..itu yang lebih penting…dalam tak sampai sebulan lagi kamu akan final bukan? Kurangkan sedikit masa untuk berasmaradana tu….lepas final jom kita enjoy!!!!

Bagi yang bercouple, semoga Berjaya dalam perhubungan dan pellajaran kamu ….ermm…menarik kalau kamu grad nanti, kamu akan tunjukkan kat parents kamu ijazah kelas pertama plus seorang menantu he hehe….. dan yang tak bercouple, sabaq….masa untuk kamu akan tiba jugak …
Sebagai penutup cerita, saya nak minta maaf siap2 ni…..
kanhari ni jumaat...saya rasa saya ada menipu kamu dalam cerita kali ni…. ampunkan pak cik no……


Iklas,
Che Mie,
Kuala Perlis, Perlis

Jumaat yang di nanti

Hari ni jumaat (10/3/06),

biasanya hari jumaat saya rasa sangat seronok, rasa macam nak lompat sampai ke bumbung rumah...tapi khuatir kepala saya akan pecah so saya tak jadi lompat lah...
tapi, saya akan senyum memanjang, sampai ke telinga...
stat dari pukul 6 ptg ni sampai la 7 pagi hari isnin....ha ha ha punya la seronok..
maklumlah esok cuti...

untuk berkongsi kegembiraan dengan saya, mari berduet nyanyi lagu m.nasir kat bawah ni...opssss...bukan lagu mawi yek!
i tak suka mawi af3 tu...ingat tu ha ha ha :-)
selamat berhujung minggu

Lagu Jiwa Lagu Cinta

Menyanyi kerana gembira
Menyanyi kerana sedih
Menyanyi kerana rindu
Aduh siapa dapat membaca...
Hatiku saat ini
Menari kerana melayan
Menari kerana sunyi
Menari kerana kasih
Ada di depan masih juga tak mengerti
Gerangan apa buat ku kemari
Dalam temasya ku memencil diri
Darilah jauh asyik memandangnya
Sekalipun dia masih tak perasan...ku disini
Oh.....Lagu jiwaBukan lagu mengadu nasibku
Lagu cinta Bukan lagu meratap hidupku
Hanya nak menyatakanTuah dan untung badan
Diuji hebat cinta sehebat begini... hebat begini


p/s: bagi sesiapa yang rasa diri dia masih student jgn lupa buku plak ;-)

bye...
che mie,
kuala perlis

Seni Meniru

akum,

ha ha ha ...apa habaq kamu semua?

saya sebenarnya memang tak ada niat nak ngaja sapa2 pun meniru. tapi setiap kali ujian di kelas saya, saya tgk ramai jugak student yang gatal2 nak meniru. ada meniru secara sembunyi2..ada yang terang2 meniru..tapi kamu jgn ingat saya tak tahu..mata saya macam satelit, saya boleh nampak walaupun saya berada jauh beribu-ribu batu .. tapi kadang2 saya gelak2 ngn membe jugak, kerana ada sesetengah tu, nak meniru pun tak reti (tak pandai dgn bahasa mudah: 0% markah untuk meniru). So, saya rasa ia menjadi tanggungjawab saya untuk mengajaq cara-cara meniru yang cemerlang....

Meniru dan kehidupan memang tak boleh dipisahkan, macam handphone dengan prepaid kamu la…. :-) ...tambah2 lagi zaman sekarang... tapi kalau nak meniru pun kena belajaq jugak, tak boleh main redah saja...kamu kena kaji dulu,.. belajaq dulu skil2 meniru. pergi ke library cari buku rujukan (hehehe ada ke?)...UFO nak mendarat kat bumi ni pun depa ada buat kajian dulu tau! ...Kalau tak percaya tanya adik kamu ..:-D ..

kalau tak ada ilmu meniru silap2 kamu kantoi!! tak pasal2 kena gantung semester...
seni meniru yang saya share ngan kamu ni, sesuai dalam ujian yang ada seorang pengawas/lecturer sahaja. jangan sesekali guna kalau ada ramai lecturer/pengawas....bahaya dik oiii....

Kamu kene berfikir untuk memahami sebahagiandari seni ni :-D, tak
kanla nak suap semua kut….kata dah dewasa, umur dah lebih 18 taun, boleh berdikari
kan… ha ha ha….

SENI MENIRU
Pandang bagai menjeling,
Cakap tanpa suara,
Berbincang dengan sunyi,
Jika jauh, bersatuJika dekat, berpisah
Jika bercakap, bercakap
Jika tak bercakap diam
Jika didepan, pandang depan
Jika dibelakang, pandang depan
Jika aktif, jadi lah tak aktif
Jika tak aktif, jadi aktif


p/s: saya tak kecik ati kalau kamu nak anggap saya perli ke, saya ikhlas ke, tapi yang paling penting, kalau kena tangkap sebab gunakan teknik ni,tolong jgn cakap saya yang ajar ;-)


Che Mie,Kuala Perlis, Perlis

Suka-suka

Suka-suka hati


Kenapa la tgh hari ni saya rasa bosan sngt. Balik dari lunch terus je otak ni dah tak boleh nak memikir. Sementara nak nunggu kul dua ptg saya saja2 nak share dgn sapa2 yang nak share la…hari ni tema kita …jiwang…..tapi tak la hardcore sngt jiwang nya….biasa2 je…:-D
smlm masa drive kete balik ke kampus saya dengar lagu ni….ntah radio apa ntah, rasa2nya sinar fm kut?

So, ada sapa2 yang pernah dengar lagu kat bawah ni? He he he kalau tak pernah dengar jgn harap saya nak nyayi kat kamu ;-)
ni lagu lama, nyayian hail amir. Lagu ni simple je, senang nak faham, ayat dia pun simple…
cuba baca dulu…

Lagu :

Wajah Kesayangan Hamba
Inginku milik kasih... ayu jelita
wajah cantik berseri sinar cahaya
sopan santun berbudi
bergaya sederhana
halus tutur bahasa sungguh mulia
Rambut panjang terurai... bagai sutera
hias bunga sekuntum
tambah jelitabibir merah delima
merdu alun suarapenambat jiwa nan lara
rasa bahagia Pipi pauh dilayan
galis matanya lentik
sekali mataku memandang
hati tertawan Wajahnya mempersona
tiada lagi tandingan bagai dewi
menjelma jadi teman ku
datanglah wahai pujaan
datang padaku
lukisan wajah kasih di ruangan mata
Kalung dirimu sayang dengan cinta nan mesra
wajah kesayangan hamba kini ku jumpa


Kalau lagu ni nak di match kan dengan saya, mungkin rangkap terakhir pada baris terakhir perlu di ubah kepada “kini belum ku jumpak2” ha ha ha…
Good luck pada student KUKUM yang terpaksa amik test….kepada x student saya, kali ini saya tak ada dibelakang kamu ;-)

Che Mie,
Kuala Perlis, Perlis