Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009

Esok dah masuk tahun baru.

Aku berbangga kerana azam tahun 2008 boleh dibawa ke tahun 2009. ini bermakna aku tak perlulah susah2 untuk memikirkan azam untuk tahun 2009 hahaha

Taapi bagi isteri saya, 1/1/09 adalah permulaan kerja barunya sebagai jururawat di UniMAP ni.
Syukur dapat jugak dia. kalau tidak terpaksa ber-PJJ lagi.

Maka dengan ini, saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog ini, tak kira dimana jua anda berada dengan ucapan semoga sukses sukses selalu.

Tuesday, December 30, 2008

Ucap selamat kembali

Hampir2 aku terlupa.

Hari ini student2 di UniMAP telah mula membanjiri kawasan Perlis dan sekitarnya.
Ini bermakna tolak sehari dua, kuliah akan bermula. Aku tak tahu lagi apakah aku akan mengajar subjek yang sama dengan sem lepas. Sem lepas aku ajar Autocad dan jugak PLC.

Tak kisah lah apa subjek yang akan diberikan, sebagai saya yang menurut perintah, aku ikut sajalah....

Buat segelintir student yang mengikuti blog ini, saya ucapkan semoga anda semua belajar lah bersungguh-sungguh supaya dapat menjadi seorang manusia.

Cuti panjang sungguh

Saya baru kembali ke ofis setelah 6 hari bercuti. Nasib baik perlis tak ambik cuti tahun baru, kalau tak mesti saya akan teruskan hinggallah ke hari ke tahun 2009 dan kembali ke pejabat pada 5/1/09. Ho! Ho!...

tapi bercuti panjang-panjang pun tak bagus jugak. saya rasa pedas bila baca blog YABhg Tun Mahathir yang menulis berkenaan cuti di blog beliau.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. I came home from Yemen on Thursday, Dec 25th. It was Christmas Day and offices were closed. I was tired and appreciated the holiday. I was too tired to visit Christian friends even. I merely wished them Merry Christmas and Happy New Year, via my blog.

2. The next day I went to work. Kuala Lumpur was quite empty. Then I realised that many, including Government servants had decided to take Friday off, so that they could have a really long holiday because Saturday and Sunday would be weekends and as a bonus Monday would also be a holiday being the 1st of the Muslim New Year. Five days holiday. We can go round the world in that time.

3. But after Monday holiday, workers in the public and private sectors can take time off for two days until Jan 1st when we will have another holiday. If we are smart we can actually have eight days holiday. Time to fly two times round the world.

4. What about work? Not to worry. During that time the Government and the private companies will be on automatic. Aircraft can fly on auto-pilot safely. We are on the ground. We will not crash.

5. It shows that we really don't need a Government. It will just coast along even if no one is steering it. That is how good we have become at governing.

6. I am sorry for the poor policemen and other staff who have to be on duty during the holidays.

7. Have a nice holiday - or is it "holidays".
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ada sapa2 lagi yang rasa pedasnya ...


aktiviti saya masa bercuti itu hari, tak lah menarik kalau nak di kongsi. boleh dikatakan hari2 makan kenduri. sampai jemu..

so tak ada lah cerita menarik nak di kongsikan.
yang mungkin menarik sikit, student pun dah mula kuliah. dan aku pun akan ulang benda yang aku ajar dari semester lepas.

tapi semester ini, beban akan bertambah, kalau semester lepas satu kelas (40 student), untuk semester ini 2 kelas, bermakna 80 pelajar..

dan dapat la aku bayangkan betapa sesaknya dada aku nanti...

Tuesday, December 23, 2008

Laporan ke Pulau Pangkor

Laporan ke Pulau Pangkor

Walaupun saya tidak diamanahkan untuk menulis laporan percutian staf pusat kejuruteraan ke Pulau Pangkor, namun untuk memuaskan hati saya, dan demi blog ini, saya tuliskan jugak lah. Lagipun tak susah sangat.

Kami berkumpul di pejabat pusat kejuruteraan UniMAP pada jam 12.30PM pada Jumaat, 19/12/08. Dan bas bertolak setelah semua peserta berkumpul, iaitu kira2 jam 1.15PM.



Peserta yang terlibat sedang mengambil tempat yang paling selesa untuk perjalanan yang membosankan dan panjang




Damia memilih untuk duduk di grand seat
Tapak kampus tetap UniMAP



Dalam perjalanan, kami dihiburkan dengan tayangan kartun Doraemon




Tiba di pekan Lumut kira2 6.30 ptg




Posing sementara tunggu feri




Perhimpunan tanpa permit. Nasib baik tak kena rush.





Damia seronok gila naik feri. Nasib baik tak muntah




Tiba di jeti pulau pangkor





Tiba di Havana beach resort, teluk nipah setelah naik van rempit

Acara pagi dimulakan dengan makan. Model: Farid dan isteri




Keluarga Y. Bhg. PM Dato' Abd Rahman




Lepas makan bawak damia ke pantai. masih seronok.




Masih boleh berjalan di tepi pantai




Tiba-tiba Damia takut..




Damia takut sampai tertidor




Disebelah petang, kami kepantai lagi.


Cuba rendam Damia, tapi gagal.



Suasana petang di teluk nipah




Suasana petang di teluk nipah





Suasana petang di teluk nipah




Maakan malam. Maaf model diatas agak over sikit



Family Sharul, Ketua jurutera, J44.




Keesokan pagi, selepas sarapan saya cuba rendam Damia lagi. Kelihatan saya memarahi Damia.

Setelah jam 11.30 pagi, kami berkumpul di lobi untuk bertolak pulang. kali ini kami disewakan dengan sebuah bas.





Ketibaan dari Pulau pangkor

Sebelum pulang kami singgah di anak kampung pangkor untuk beli dan belah.


Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pusat kejuruteraan kerana menaja sepenuhnya percutian ini. harapnya akan ada lagi percutian percuma seperti ini walau kemana jua kerana...


Damia akan tetap nak ikut....
sekian....