Showing posts with label siti nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label siti nurhaliza. Show all posts

Thursday, January 1, 2009

Malam tahun baru

Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. aku rasa macam tak sempat nak kesana. nak tngk bunga api sempana tahun baru. buat julung kalinya Pihak berkuasa tempatan mengadakan upacara sambutan menyambut tahun baru di pantai kuala perlis. ini membuatkan ramai pihak menganggap ini adalh satu pembaharuan bagi negeri perlis.

Aku terus memecut kerana jam menunjukkan hampir 11.45 malam. jalan begitu sesak kerana khabarnya penyanyi terkenal seperti siti nurhaliza, datuk k, mariah carey, alicia keys, pemain bola sepak dari pasukan chelsea, ronaldo, rooney, david beckham dan jugak tak ketinggalan barrack obama juga akan hadir.

ini membuatkan aku tak sabar untuk tiba disina. aku memecut kereta BMW yang baru dibeli tadi. aku mampu beli kereta ini kerana pendapatan dari google adsense dan nuffnang aku adalah terlalu tinggi. aku mengambil selekoh dengan kelajuan 250KM/J. tiba2 muncul satu lembaga dekat dengan traffic light kuala perlis. aku cuba lihat dan tiba2 BMW baru ku hilang kawalan.
lembaga itu makin dekat, dan menampar pipiku.

aku rasa sakit, bila aku tenung lembaga itu, ia adalah istriku. Yang sebenarnya sedang mengejutkan aku untuk bangun pergi kerja kerana pada 1 januari tiap2 tahun negeri perlis tidak akan bercuti. mungkin sebabb itu tiada sebarang upacara sambutan tahun baru diadakan .

ini adalah kisah benar pada pagi tahun baru 2009.

selamat tahun baru 2009