Monday, August 10, 2009

amlakatkaub

mlasa,

paa bahkra smuea.

gnmkni uka naka abuc menulis kmbiael.

tsting saja.

Tuesday, May 5, 2009

Robocon 2009

Tahun ini saya tak ikut serta ke pertandingan Robocon yang diadakan di stadium melawati, bermula dari 4/5 - 10/5/09. Antara sebabnya, saya tak buat robot, dan yang penting, rasa susah jugak nak tinggal anak. Lama tu seminggu! Dah le baru tinggal masa pi BTN minggu lepas.


Namun, saya ucapkan selamat maju jaya kepada pasukan UniMAP.

Wednesday, April 29, 2009

Kursus Bagi yang berminat

ONE DAY SEMIINAR ON ELECTRIICAL PROTECTIION FOR HUMAN,, MACHIINE AND SYSTEM

(Organised by IEM Penang Secretariat with support from ABB Malaysia Sdn Bhd)
Date : 14th May 2009 (Thursday)
Time : 8.30 a.m. to 5.00 p.m.
Speaker : Mr. Sergio Giacomo Carrara
Venue : Gurney Hotel, Penang

SEMINAR SYNOPSIS

The scope of this Seminar is to provide the participants with necessary information about the main normative aspects regarding protections and in
particular against over-currents, short-circuits, earth fault and indirect contacts, illustrating the solution proposed by ABB SACE. Furthermore
particular attention is paid to the protection devices and how to select them in case of protection of loads and people and balancing the selective coordination
requirements.

BIODATA OF SPEAKER
Sergio is an electronic engineer and has 19 years of experience in ABB SACE where he started in 1989 with Medium Voltage and Low Voltage
products and solutions. He began inside the domestic sales organisation as promoter and electrical engineer for important domestic plants
(hospitals, airports, water treatments, exhibition centers and so on) supporting the consultants and the industries with projects and economical
analysis.

TENTATIVE PROGRAMME
8.30 – 9.30 a.m. – Registrations
9.30 - 9.45 a.m. - Welcoming Remarks
9.45 - 10.15 a.m. - Session 1: Protection - Feeders
10.15 – 10.30 a.m. – Tea Break
10.30 - 12.00 p.m. – Session 2: Protection of electrical equipment
12.00 – 2.30 p.m. - Lunch
2.30 - 3.30 p.m. – Session 3: Calculation
3.30 – 3.45 p.m. - Tea Break
3.45 – 4.45 p.m. – Session 4: Protection of human beings
4.45 – 5.00 p.m. - Questions and Answers / End


REGISTRATION INFORMATION

All fees must be fully paid before commencement of the Seminar otherwise participants will not be allowed to enter the Seminar/Conference Hall.
Reservation/Booking by fax or email of intending participants are accepted with payment being forwarded before the closing date. If a place is
reserved and the intended participants failed to attend the Seminar on the date of the event, the fees are to be settled in full. Completed registration
form accompanied by cash/cheque/PO/MO to be made payable to “The Institution of Engineers, Malaysia” account and should reach the IEM
Secretariat not later than 12th May 2009 (Tuesday).
The fee paid is non-refundable. However, substitution of participant(s) will be permitted with approval by IEM. In view of the limited places
available, intending participants are advised to send their registration as early as possible so as to avoid disappointment. The Organising
Committee reserves the right to cancel, alter or change the program due to unforeseen circumstances. Every effort will be made to inform the
registered participants of any changes.
Registration fee includes lecture notes, two refreshments and a lunch.


The Institution of Engineers, Malaysia (Penang Branch)
Level 5, 5-A, Northam Venture,
37, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Penang.
Tel: 04-8182045 Fax: 04-2264490
E-mail: iempenangbranch@gmail.com
BEM APPROVED
CPD/PDP HOURS: 8
Ref. No.: IEM09/PG/136/S


REGISTRATION FORM

One-Day Seminar on “Electrical Protection on Human, Machine and System”
Date: 14th May 2009 (Thursday)
Time: 8.30 am to 5.00 pm
Venue: GURNEY HOTEL, PENANG
REGISTRATION FEES
Student Graduate IEM Member Non-IEM Member Senior IEM Member > 55 yrs
RM 10.00 RM 30.00 RM 100.00 RM 150.00 RM 100.00

(Closing Date: 7 May 2009)
Name of Organisation: ……………………………………………………………………………………..
Address: ……………………………………………………………………………………………………..
Tel: …………………….... Fax: ………..…………… Email: …………………………………………….
We wish to register the following person(s) for the seminar:
NO. NAME HANDPHONE IEM NO. BEM NO.
FEES
(RM)

1.New IC:
2.New IC:
3.New IC:
4.New IC:

Enclosed a cheque no: …………………for RM ….………… in favour of “The Institution of Engineers, Malaysia”.
Contact Person: …………………………… Designation: ………………………………………
Signature: …………………………………. Date: …………………………..

Tuesday, April 28, 2009

Menara Bangsa

Baru-baru saya ke BTN Kulim. Walaupun mula2 memang tak mau pi, tapi mengenangkan periuk nasi saya, maka saya pun pi la jugak. disebabkan rasa menyampah yang amat sangat, saya tak bawak pun kamera. tapi saya ada cuma nak share satu lagu yang saya rasa ada maksud tertentu.

tajuknya menara bangsa. 

Suria muncul di pagi hari,
Kita bangun sederap kaki,
Menara bangsa akan kita bina,
Perkasa tiada rebah lagi.

Mentari sudah ada di sini,
Pasti bersinar seribu tahun lagi,
Biar berhembus angin sangka kala,
Malam pasti tiada datang.

Kita sudah tiada perlu tidur,
Kerna mimpi ada di depan mata,
Peluh jernih meniti di bibir,
Air mata jadi milik semua.

Kita bebas terbang laksana burung,
Terikat hanya di tali cinta,
Kita bebas terbang laksana burung,
Terikat hanya di tali cinta



Semoga melayu tak hilang di bumi sendiri

Wednesday, March 4, 2009

Lihat apa yang saya nak tulis

Saya tengah malas amat amat sangat ni..

cuma nak bagi tahu, kat perlis sekarang ni petang2 saja selalu hujan..
dah berapa kali saya mandi hujan. tapi tak mau jugak demam. 

kalau demam bole lah MC haha. 
Harap2 jumaat ni boleh demam. jadi saya boleh cuti jumaat, sabtu dan ahad. 3 hari haha...

jumpa lagi (bila saya dah tak malas)

Monday, February 23, 2009

Syarahan Umum Professor

Hehehe

Bukan saya yang nak bagi syarahan.
Tetapi seorang professor dari Jabatan Kejuruteraan Mekatronik yang nak bagi syarahan.

Tajuknya:

Syarahan Perdana Prof. Dr. Sazali B Yaakob
"Acoustic modelling, analysis and applications"

Syarahan ini akan diadakan di dewan kapitol Kangar pada jam 9.30am.

Walaupun tak diwajibkan dan tak ada fingerprint ataupun mobile attendance, insyaallah kalau berkesempatan saya
teringin nak pi.

Mari kita bet, sapa cakap saya akan pi esok??

hehe

Friday, February 20, 2009

Robocon akan bermula

Baru tadi meeting robocon.

Nampaknya kesibukan baru akan menjelma. 
Tema untuk tahun ini adalah "Travel Together for the Victory Drums".

Untuk tahun ini, negara Jepun akan menjadi penganjurnya. Senang cakap, kalau mana2 IPTA/IPTS yang menang akan mewakili negara ke Jepun.

Berbalik kepada tema, ia selalunya disediakan oleh negara penganjur. Biasanya ia akan berkisar kepada sejarah negara tersebut.

Teringat lagi masa mula2 join Robocon, kalau tak silap saya 2006. Masa tu Malaysia yang menjadi penganjur, tema pada masa itu ialah membina menara KLCC. Disitu lah UniMAP mencatat pencapaian tertinggi dimana berjaya sampai di peringkat suku akhir.

Tahun ni tak tahu lagi macam mana. Kena design robot dulu lah..

Tuesday, February 17, 2009

Hari ini punya cerita

Disebabkan aku boring amat sangat la petang ni, so aku tulis je la apayang nak ditulis.

Semalam dan hari ni dua orang staf baru sudah mendaftar masuk bekerja.

Kedua-duanya bekas pelajar UniMAP. Nama penuh depa aku lupa, tapi panggilan yang sorang wafi dan seorang lagi syaz.

Tat sat, baru selesai orang dari industri (vanguard) datang buat taklimat berkenaan produk depa. Solder ntah apa ntah. brand weller dari german. pi dengar sajalah (arahan bos).

petang ini mungkin saya akan main futsal. Insyaallah.

Kalau tak main futsal aku tidorrrr!!

Friday, February 13, 2009

Kesimpulan minggu ini

Hampir seminggu jugak tak ada update untuk blog ini.
Saya agak sibuk minggu ni. Biasa hal keja itu, ini dan ini. semua nak di buat sekaligus.

tapi minggu ini ada banyak jugak perkara2 yang saya agak oleh di kongsi.

Poco-poco

Asalnya memang saya nak pergi. Ia lah poco-poco adalah sesuatu yang amat mengembirakan saya. bila ber poco-poco saya rasa diri saya sudah terlalu sihat.

Tapi disebabkan anak saya tak benar saya pergi, maka saya pun tak pergi lah. Saya rasa amatlah rugi sebab tak dapat ikut aktiviti ini. Saya keciwa sungguh. Sampai sekarang ni!

Kelas

Minggu ini, batch baru pulak masuk. Kelas pertama, memang susah depa nak cover.
Masih mengajar untuk dua lab. Harap ketibaan staf baru akan mengurangkan sikit beban.

Cuaca

Akhir-akhir ini aktiviti pembakaaran jerami telah dilakukan dengan berleluasa. Nampaknya pihak berkuasa tempatan masih tidak mengambil tindakan kepada mereka ini.

Kadang-kadang kalau difikir mendalam, kasihan jugak pada pesawah2 ni. Itu kerja depa, kalau depa ada kerja lain mungkin depa tak bersawah. Kalau depa tak bersawah, kita nak makan apa pulak?

Tapi disebabkan aktiviti ini. Cuaca di sekitar Perlis menjadi panas. Kalau nak tidur malam pun susah. Dua kipas angin masih tak dapat nak cover kepasanan cuaca ini. Ada sapa2 nak hadiahkan air cond terpakai pada saya tak?

Motor

Minggu ni wife saya standby kat Kampung Wai. Jadi untuk menjimatkan kos, kami berkongsi kereta.

Kemudian untuk lebih menjimatkan kos, kami sekarang menaiki motorsikal ketempat kerja. Sebenarnya naik motor ini, selain jimat kos, ia nampak macam romantik. Yang paling penting saya boleh cilok-cilok.

Tapi risau jugak, tayar motorsikal ni adalah tayar sotong. Kena tukar ke tayar sotong kurita, lebih besar, lebih selamat.

Sabtu

Last sekali, esok Sabtu. dan bermaksud cuti. Cerita Ong Bak 2 (pirate) dah keluar ke belum ek?

Tuesday, February 3, 2009

Poco-poco

Sila baca dengan maksud yang berlawanan. Seiranya fakta, kekalkan dengan fakta.


Pada hari Sabtu ini akan diadakan poco-poco untuk semua warga UniMAP. Wah! hati saya sungguh teruja untuk sama-sama menari poco-poco. Kali ini semua warga kerja boleh mengajak ahli keluarga untuk sama2 memeriahkan acara ini. Maka saya nak ajak lah sapa2 yang membaca entri ini supaya datanglah ke stadium utama Perlis.

Saya sedang mengira hari untuk pergi ke acara ini. Ini akan membuatkan saya menjadi sihat dan kuat. Saya juga akan menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang!

Sapa2 yang berminat datanglah kestadium pada jam 6.30pagi. Tujuan datang awal adalah untuk menanti ketibaan VIP2.

Saya pasti akan bangun awal untuk kesana. Insyaallah.

Friday, January 23, 2009

HaHaHaHa

saya copy ini dengan kebenaran dari tuan empunya. Ex-student saya dulu ni. sekarang dah buat master kat UPM... lebih cerdik dari saya la

saya copy dari link ini: http://amianna.blog.friendster.com/2009/01/stok-lelaki2-pelik/

Menariknya cerita beliau ni kadang-kadang ada macam kena jugak... haha baca la sendiri

______
Hmm…Kat dunia ni mcm2 jenis laki yg bleh kite jumpe..Tapi arini aku nak cite jenis2 laki yang pelik dari kisah2 kwn2 aku sendiri and thru my own experience also.


Laki 1

Laki 1 ni jenis yang kononnye ssh nk jatuh cintan ngan awek2 disekeliling die nie. Juz suke2 nak kaco tu boleh la.Dan kononnye lagi bile awek2 ni dah kena ayat ckit ngan Laki 1 ni, sng je la awek2 ni jatuh cintan ngan Laki 1 nie. Kirenyer Laki 1 ni bleh dapat mane2 je awek yang die suke..tapi untuk Laki 1 ni nak fall in luv ni ssh la. Yang ironinyer..camne laki 1 ni bleh terjatuh cintan ngan sorg awek nie wlu hanya lbh krg 30 minit je dorg dok berkenalan scr kebetulan. Laki 1 ni siap nak masuk minang lagi..padahal baru ‘date’ 2 kali kot. Sembang2 pun dalam msg je kan. Call..gayut2 tu boleh la tiap2 malam thru phone. Tapi yelah..thru phone..thru sms ni ape sgt la kite tau pasal dorg kan. 3% baru kot..banyak lagi perangai n fe’el dorg yang kite xtau, yang kite kne korek. Even kawan2 kite yang dah 4 5 tahun kite knal ni pun belom tentu kite dah knal fe’el dorg yang betul.Haissh… cakap ssh nak jatuh cintan kan. Dulu yakin sangat, cakap besar lagi yang die boleh dapat awek nie..bile dah kena reject ni..aiseyyh… 3ari 4 mlm gak ler xdpt tido. Sabar la yerk..Dah bukan jodoh kan.



Laki 2

Laki 2 ni jenis yang sungguh setia. Sekali jatuh cintan for the 1st time, sampai ble2 pun still suke kat awek nie.X nak carik yang len tue. Awek lawa camne pun datang, nak gak carik yang macam awek ni. Dari secondary skul lagi dok angau kat awek ni..sampai masuk uni (even different Uni), still x leh lupa awek nie. Sampai awek ni dah kapel pun, xdapat gak carik pengganti. Sampai awek ni dah single mingle balik pun..still tunggu awek nie. Dah lebih 6 tahun dah kot. Laki 2 ni mmg bagus..mmg sweet sbb laki2 macam ni lah yang kite as perempuan carik. SETIA. Tapi betul la cakap orang kan..hati dan perasaan ni x boleh nak pakse. Dah kalau bukan jodoh.. Setia macammane pun..baik macam mane pun..Hensem macammane pun..Xkan jumpa nyer jodoh ni kn. Laki 2 ni shuld try and open ur heart to other guls around u la. For sure..someone, somewhere, somehow…ur gul is made for you. So jenis Laki 2 ni jangan putus asa to find ur new love, which much more better than before. Allah ade perancangan yang lebih baik untuk kite. And if awek nie mmg la jodoh Laki 2, tu maknanyer Allah sedang member ujian untuk melihat kesabaran dan kekuatan iman kite kan. Ade hikmah nyer.Mungkin if lastly, she s for u, Laki 2 ni akan lebih45 dan sgt appreciate awek ni. As a conclusion, berdoalah pada Yang Satu.


Laki 3

Laki 3 ni lak jenis yang psyco ckit. Bukan ckit la banyak. Laki 3 ni mmg xreti nak terima keyataan yang awek nie bkn lagi awek die..Awek nie dah jd his former gf dah. Laki 3 ni pun kire lucky la kan, Awek ni bukan tinggal die sbb jantan lain ker..sbb die miskin ke..sbb die pendek ke..Awek ni tgl die atas sbb2 yang sungguh munasabah untuk ditinggalkan. Dari segi agama pun menuntut awek ni meninggalkan Laki 3 nie. Agama kite menuntut kite untuk patuh dengan nasihat family kan? Lagi2 Ibu kite sendiri. Agama jugak menuntu kite untuk memelihara maruah dan menjauhi maksiat kan?‘Meninggalkan’ di sini bukan lah bermaksud awek ni terus blah camtu jer dari Laki 3 ni. Awek ni still sudi jadi kwn baik Laki 3 nie..sudi support Laki 3 ni dalam ape jua prob die, Sudi sama2 cube ikhtiar untuk solve prob Laki 3 ni yang mane agak tipis peluang untuk disettlekan. Macam2 cara awek ni bagi support dari mental, fizikal dan juga harta benda. Tapi tu laa..Laki 3 ni mmg pelik la kan. Langsung x appreciate ape yang dah awek ni lakukan. Siap cakap Awek ni x pedulikan die lagi. Dah ler suke janji macam2 (time tu beria la janji.sampai nangis2 kan) pastu mungkir janji lak.Pergghh….Pastu halang lak mane2 laki yang nak baik ngan awek nie. Siap maki hamun tue. Sampai kawan2 laki awek nie ckp “Baik jangan la nak cube rapat ngan Awek nie, jap lagi kan kena sound lak ngan Laki 3 ni.” Ade gak sesetgh kwn2 Laki 3 ni anggap Awek ni la yang jahat bcoz tgglkan Laki 3 ni kn..Laki 3 ni la yang kesian nyer.. Dah ler kena tinggalkan..So balik2 Awek ni gak ler kne kn,kn,kn? Hmm..untuk orang2 jenis Laki 3 nie..buka lah hati u all untuk move on ngan ur life. At least kalau korang xnak rse bahgia pun.Bagi lah orang len peluang untuk bahgia. Yang dah lepas tu,lepaslah. Jangan lah pertikaikan hak ibu bapa kite terhadap anak2 dorg. Dalam mane2 perhubungan ni, hubungan family lah kite paling sayang n kne jaga kn?


Laki 4

Laki 4 ni jenis yang rase perkara kahwin ni main2 la kot. Baru Nampak awek ni lalu lalang kt seberang ofis, dah berkenan. Habis semua orang dalam family awek ni die nak kontek. Mula2 kezen awek nie, pastu abang awek ni lak. Macam2 la dok korek pasal awek ni. Nasib bek la abang awek ni x layan sgat si Laki 4 nie. Kalau layan, Mahu nyer kne smack down ngan awek nie. Tapi si Laki 4 ni asal x korek terus ngan parent awek ni jer. Dah ler kurang knal, setakat say hye2 jer kat kedai kopi tu..ape sgt ler yang kite dapat tau kan. Sms n calling2 pun awek ni xbape nak layan, tapi boleh lak die nak masuk mintak. Beraninyer!Ingat kawen2 ni sehari dua je kot. Awek ni agaknye nak masak megi pun x reti, ni kan pulak nak jaga anak teruna orang kan. Macam mane la boleh pk nak wak bini. Haisshh..pelik la Laki 4 ni. Ditambah lak cite yang konon nyer Laki 4 ni baru 3 bulan putus tunang. Aik?? Ni lagi pelik. Ati tgh hancus lagi kot, leh lak pk nak bina hidup ngan awek ni,orang yang die x bape knal lak tue. Bile dgr cite nie, cam seram pun ade kn? Hahahaa…Tapi tu lah laki kn. Kepada jenis Laki 4, jangan la wak keputusan terburu2 sgt. Hati tgh pedih lagi tu, fikiran sure la x bape waras. Len kali, Pk msk2 dlu. Jangan pk ngan ati jer. Jangan gak pk ngan akal je. Kne Combine 2 2 tu, baru leh dpt result yg marvelous. Ditambah lah Doa Pada Yang Satu spy diberi petunjuk dan dikiurniakan jodoh yang sebaik nyer seperti Yang telah ditentukan.



Laki 5

Laki 5 ni jenis yang xde pendirian tetap sehingga boleh prmainkan ati awek2. Laki 5 ni dgr cte sng sgt tabor janji2 manis kat awek ni. Macam2 die janji. Dah ler tue, siap panggil awek ni ‘Syg’ lg, then suh lak awek ni pggl die ‘B’ kn.Ble awek ni x pggl camtu, siap tegur tue, padahal time tu bkn la ade ikatan pape pun. Boleh kate tiap2 mlm bg msg gudnite. Kdg2 gayut..siap ngan “Muah Muaah” lagi tue. Dah bagi camtu kat awek ni, mintak lak awek ni kiss die. Nasib bek la Awek ni jenis jual mahal kn..xde nye nak “Muax Muax” ni..”Weeellkk” adelah..(Segan la tu agak nye). Dorg ni dok sms n calling2 tiap2 ari sampai dah rapat dah. Then 1day, masing2 dah luah feeling msg2, cume dorg xsedia nk komitmen utk kapel la plak kn.So si Laki 5 ni pun pandai2 la plak ckp nak declare jadi ‘Special Fren’. Awek ni bkn nye tau pun spesel2 fren ni ape. Ohww..rupenyer Laki 5 ni ckp, ‘Spesel Fren’ ni tgh2 antara ‘Best fren’ and ‘Kapel’. Adelak camtu ek?So Awek ni layan je la kot. Laki 5 ni siap janji ngan Awek ni: “’B’ nak keje sungguh2 and nak jadi orang yang berjaya. Bile dah berjaya n yakin ngan diri sendiri, baru lah ‘B’ yakin untuk bersama ‘Syg’. ‘B’ nak isteri ‘B’ nanti respect siape ‘B’. Sebab tu la ‘B’ nak Berjaya dulu, baru lah ‘B’ dapat jaga ‘Syg’ nnT”. Fuyooo..power x si Laki 5 ni punyer janji? Tapi kan disbbkan terlalu menjaga maruah die dpn kawan2 die nie..disbbkn 1 kes ni jer..dlm mase 1 saat je, impian si Awek ni cam hancur berderai camtu jer.. Si Laki 5 ni p ‘gantung’ Awek ni tanpa ape2 kate pun.Langsung x explain status dorg skrg ape. Ape yg patut Awek ni buat. Biar camtu jer. Hmm.. Dgr dr crite ni la kan, Laki 5 ni seorg yang pengecut kn?Seorg yang xde pendirian tetap.Seorg yang senang jer nak mungkir janji ngan janji2 yang die sendiri taburkan kat Awek ni. Laki 5 ni adalah seorang pemungkir janji, pengecut, dan pemain perasaan org yang terbaik dalam usaha nyer untuk menjadi seorg kwn yang terbaik. Untuk jenis Laki 5 ni, jangan lah mudah tabur janji2 manis n buat something yang sweet pada awek2 yang korg sendiri takut utk fight for your love. Jangan la terlalu pentingkan frenship korg, smpi korg sanggup hancurkan ati org len. Seimbangkan semua benda dlm semua hubungan. Satu lagi, jangan la time susah jer baru korg perlukan seseorg, then bile sng, korg campak seseorg ni camtu jer.

Hmm..Amacam?Ape yg korg pk sal ni?Oklah..Sampai cni dlu kisah antr laki2 yang pelik nie. Nnt aku crk sumber cte2 camni lg k. Cheewaahh..cam reporter da nie..
Chow Kuew Teow!


------------------

Thanks Ami. Ini mungkin luahan hati beliau.

Selamat tahun baru cina

Minggu ni tak dak update lansung dari saya. Entah. Minggu ni macam tak ada aktiviti yang menarik untuk di kongsikan. Nasib baik ada perayaan akan akan tiba. Boleh jugak aku update kan blog ni walaupun cuma nak ucapkan selamat tahun baru cina.

walaupun mungkin tak ada pembaca cina ke blog saya namun saya tetap nak ucapkan selamat tahun baru cina kepada semua kaum cina di mana jua anda berapa.

bagi kaum bukan cina mari kita semua bercuti yahuu

Friday, January 16, 2009

Jalan kaki 24 KM?

Esok akan diadakan acara jalan kaki beramai-ramai (staf dan student). Dengan bilangan pelajar 1000 lebih dan bilangan staf 700 lebih, akan menyebabkan acara ini akan menjadi terlalu meriah.

Bermula dari MRSM berseri dan akan tamat di kampus tetap Ulu Pauh. Satu jarak perjalanan yang amat lah jauh. 24 KM. Kalau naik kereta pun dah terasa jauhnya, inikan pulak berjalan kaki.

Aku?

hehehe aku tengah dok berzikir ni, nak join atau tak?. join atau tak?. join atau tak?..

kalau esok pagi tepat jam 7.00 pagi akan ada lah jawapannya.
Harap2 aku tak terjaga pada esok pagi hehe

Tuesday, January 13, 2009

Saya nak kenduri lah!!

Tiba-tiba saja aku teringat nak buat kenduri lagi. Insyaallah la, tak jadi lagi, baru merancang saja. kenduri ulang tahun perkahwinan. saja aku plan awal, kan merancang itu baguss

tema yang aku nak pilih adalah ala-ala hindustan. Semua tetamu kena pakai sari, yang pompuan sajalah. yang lelaki pakai ala2 hero hindustan. aku plan nak buat dekat private island.

bilangan tetamu yang aku nak jemput minimum 5000 orang.

semua2 media2 aku akan arahkan memberi publisiti yang paling luas. media2 ni termasuklah tv3 dengan astro saja.

Kalau surat khabar aku pilih semua surat khabar di malaysia. yang paling penting majalah mangga.

yang baca blog aku, aku akan sediakan tempat super VVIP. menunya udang galah, sotong, ikan siakap dan minuman air jus nenas.


aku akan jemput orang2 kenamaan termasuklah pemimpin kita yang cemerlang, gemilang dan terbilang tu.

aku harap majlis kenduri ulang tahun perkahwinan aku akan jadi majlis yang cemerlang gemilang dan terbilang


hehehehe tapi semua yang diatas boleh dilaksanakan kalau ada penaja....kalau yang nak menderma sila PM saya...
ada sapa2 nak jadi penaja tak? InsyaAllah bantuan anda semua akan dikenang hingga anak cucu....hehehe hanya Allah saja yang mampu membalasnya, aku pun teringin jugak, takkan mawi dgn ikin saja....

hehehe

Friday, January 9, 2009

Time table for tomorrow!

Jadual waktu untuk hari esok!

begitulah kalau di tulis dalam bahasa melayu.

Disebabkan esok hari Sabtu maka aku telah merancang satu jadual yang baik punya.
Disebabkan poket juga sudah berkurang maka jadual yang aku rancang juga semakin baik punya.

Berikut adalah perancangan aku untuk merancang jadual pada hari esok


6.00 pg - 7.00 pg: sembahyang subuh & doa2 sikit

7.00 pg - 7.30 pg: sarapan, ambil2 angin kat luar

8.oo pg - 9.00 pg: tido

9.00 pg - 10.00 pg :tido

10.00 pg - 11.00 pg: bangun baca paper

11.00 pg - 12.00 tgh: tido

12.00 tgh - 1.00 ptg: makan tgh hari

1.00 ptg - 2.00 ptg: tido

2.00 ptg - 3.00 ptg: tido

3.00 ptg - 4 ptg: cari DVD (Kemungkinan nak tgk cerita sivaji the boss)

4 ptg - 5.00 ptg: tgk DVD

5.00ptg - 6 ptg: keluar jalan2

6.00 ptg - 7.00 mlm: pi pasar malam

7.00 mlm -8.00 mlm: sin chan & Doraemon (teman anak tengok)

8.00 mlm - 9.00 mlm: berita

9.00 mlm - 10.00 mlm: tidoooo



ini semua perancangan aku yang baik punya. cuma aku harap aku tak la tido dari pagi sampai ke petang hehe...


selamat bercuti

Thursday, January 8, 2009

Apa sudah jadi dengan Ustaz Amirul??

Minggu lepas aku tengok la jugak cerita yang pernah aku kondem dalam blog ni.

walaupun merepek, tapi bila kita dah jadi penonton setia, kita akan tertarik untuk nonton cerita ini. Ala cerita puaka niang rapik tu la...

Minggu lepas, drama ini dimulakan dengan beberapa penduduk kampung yang telah dirasuk. tapi bila di jampi, depa pun sembuh la

sehinggalah setengah jam kemudian, ustaz amirul cuba nak sembuhkan sapa nama laki lisdawati tu aku pun dah lupa, tiba2 ustaz amirul pulak yang seakan-akan kena rasuk.

lepas tu iklan pun keluar (iklan pun sama, time cite best banyak la dia - tunggu aku bukak syarkat tv sendiri)..aku pun macam kena rasuk, terus tertido.


Masalah aku sekarang, aku tak tahu apa dah jadi dengan hero kita ni??
ada sapa2 boleh tolong bagitau dak???
aku runsing sampai hari ni tau.

Tuesday, January 6, 2009

Esok kelas akan bermula

kelmarin cuti.

Tak pi mana2 pun. tapi saja gatal nak cuti. lagipun esok kelas dah nak mula.
malas jugak. biasa la nak tunggu panas enjin dulu. mahu 2 ke 3 minggu baru nak dapat feel mengajar.

kelmarin jugak, budak2 sekolah, rendah dan menengah juga mula masuk sekolah.

adui aku tak ada idea la. esok mungkin boleh tulis baik2

tengkiu!

Friday, January 2, 2009

selamat berjaya buat hang!

Terima kasih

Pertama sekali harus aku ucapkan terima kasih kepada yang memberi sokongan pada blog ini.
Sekarang baru terasa nikmat ber blog. Dengan hanya berblog pun dah boleh dapat kawan2 baru.
Semoga kita sukses sukses sentiasa.




selamat berjaya buat hang!

Seorang member aku dah tiba di UK. Member sparring aku ni nak sambung belajar dekat Uni of Surrey. sebenaqnya dia ni partner aku masa ngajar PLC. Disebabkan dia lebih cerdik dari aku maka dia pun sambunglah mengaji Ph. D. lagipun marka dia belajaq kat situ jugak hehe

Jadi pada semester ini, aku rasa susah jugak sebab dah tak ada partner. Tapi tak apalah, disebabkan dia mempunyai cita2 yang lebih tinggi maka aku doakan supaya dia berjaya.

kat bawah ni ada la gambaq kenangan masa sambut parti perpisahan dia. (orang yang berkenaan adalah yang botak hehehehe )




Makan nasik ayam saja.



Perhatikan model yang berdiri. Beliau sudahpun bertunang





Masing2 meluahkan rasa sedih




Selamat maju jaya la kat hang wan!







Thursday, January 1, 2009

Malam tahun baru

Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. aku rasa macam tak sempat nak kesana. nak tngk bunga api sempana tahun baru. buat julung kalinya Pihak berkuasa tempatan mengadakan upacara sambutan menyambut tahun baru di pantai kuala perlis. ini membuatkan ramai pihak menganggap ini adalh satu pembaharuan bagi negeri perlis.

Aku terus memecut kerana jam menunjukkan hampir 11.45 malam. jalan begitu sesak kerana khabarnya penyanyi terkenal seperti siti nurhaliza, datuk k, mariah carey, alicia keys, pemain bola sepak dari pasukan chelsea, ronaldo, rooney, david beckham dan jugak tak ketinggalan barrack obama juga akan hadir.

ini membuatkan aku tak sabar untuk tiba disina. aku memecut kereta BMW yang baru dibeli tadi. aku mampu beli kereta ini kerana pendapatan dari google adsense dan nuffnang aku adalah terlalu tinggi. aku mengambil selekoh dengan kelajuan 250KM/J. tiba2 muncul satu lembaga dekat dengan traffic light kuala perlis. aku cuba lihat dan tiba2 BMW baru ku hilang kawalan.
lembaga itu makin dekat, dan menampar pipiku.

aku rasa sakit, bila aku tenung lembaga itu, ia adalah istriku. Yang sebenarnya sedang mengejutkan aku untuk bangun pergi kerja kerana pada 1 januari tiap2 tahun negeri perlis tidak akan bercuti. mungkin sebabb itu tiada sebarang upacara sambutan tahun baru diadakan .

ini adalah kisah benar pada pagi tahun baru 2009.

selamat tahun baru 2009