Wednesday, March 4, 2009

Lihat apa yang saya nak tulis

Saya tengah malas amat amat sangat ni..

cuma nak bagi tahu, kat perlis sekarang ni petang2 saja selalu hujan..
dah berapa kali saya mandi hujan. tapi tak mau jugak demam. 

kalau demam bole lah MC haha. 
Harap2 jumaat ni boleh demam. jadi saya boleh cuti jumaat, sabtu dan ahad. 3 hari haha...

jumpa lagi (bila saya dah tak malas)

Monday, February 23, 2009

Syarahan Umum Professor

Hehehe

Bukan saya yang nak bagi syarahan.
Tetapi seorang professor dari Jabatan Kejuruteraan Mekatronik yang nak bagi syarahan.

Tajuknya:

Syarahan Perdana Prof. Dr. Sazali B Yaakob
"Acoustic modelling, analysis and applications"

Syarahan ini akan diadakan di dewan kapitol Kangar pada jam 9.30am.

Walaupun tak diwajibkan dan tak ada fingerprint ataupun mobile attendance, insyaallah kalau berkesempatan saya
teringin nak pi.

Mari kita bet, sapa cakap saya akan pi esok??

hehe

Friday, February 20, 2009

Robocon akan bermula

Baru tadi meeting robocon.

Nampaknya kesibukan baru akan menjelma. 
Tema untuk tahun ini adalah "Travel Together for the Victory Drums".

Untuk tahun ini, negara Jepun akan menjadi penganjurnya. Senang cakap, kalau mana2 IPTA/IPTS yang menang akan mewakili negara ke Jepun.

Berbalik kepada tema, ia selalunya disediakan oleh negara penganjur. Biasanya ia akan berkisar kepada sejarah negara tersebut.

Teringat lagi masa mula2 join Robocon, kalau tak silap saya 2006. Masa tu Malaysia yang menjadi penganjur, tema pada masa itu ialah membina menara KLCC. Disitu lah UniMAP mencatat pencapaian tertinggi dimana berjaya sampai di peringkat suku akhir.

Tahun ni tak tahu lagi macam mana. Kena design robot dulu lah..

Tuesday, February 17, 2009

Hari ini punya cerita

Disebabkan aku boring amat sangat la petang ni, so aku tulis je la apayang nak ditulis.

Semalam dan hari ni dua orang staf baru sudah mendaftar masuk bekerja.

Kedua-duanya bekas pelajar UniMAP. Nama penuh depa aku lupa, tapi panggilan yang sorang wafi dan seorang lagi syaz.

Tat sat, baru selesai orang dari industri (vanguard) datang buat taklimat berkenaan produk depa. Solder ntah apa ntah. brand weller dari german. pi dengar sajalah (arahan bos).

petang ini mungkin saya akan main futsal. Insyaallah.

Kalau tak main futsal aku tidorrrr!!