Wednesday, October 29, 2008

Taktik Politik


Sejak politik negara kelihatan begitu rancak mengalahkan junamnya saham dan matawang di pasaran kewangan, terdapat beberapa taktik politik yang terbina dari bertahun-tahun pertembungan politik.

Mengghaffarkan - Ini adalah cara mengalahkan seseorang dengan cara tsunami pencaluan untuk menafikan penyandang jawatan undi bonus dan terus tewas. Ini memerlukan pemberiaan pink form selama dua tahun sebelum pemilihan. Ia perlu kebolehan melakunkan tidak akan bertanding. Contoh: Setelah peraturan ditukar, agak susah untuk Shahrizat mengghaffarkan Rafidah.

Mentengkolokkan - Ini adalah cara mengadakan kempen media atas kesilapan memakai tengkolok yang kelihatan macam salib dan pencabar tersalah cakap. Contoh: Akibat tersalah sebut, propaganda media membesar-besarkan kenyataannya menyebabkan dia ditengkolokkan hingga kalah pilihanraya.
Selain taktik lama ini, beberapa-beberapa taktik baru telah direka.

Mengkepala Agongkan - Ini adalah taktik mengalahkan seseorang dengan menggunakan kepala agong. Contoh: Sipolon tewas kerana perwakilan telah dikepala agongkan dengan wang ringgit.

Memukhrizkan - Ini adalah kemungkinan dimana berjaya memenangi hati akarumbi dan mendapat banyak pencaluann tetapi akhirnya kalah kepada Kepala Agong yang menguasai perwakilan. Ia boleh juga dipanggil Memuhyiddinkan.

Memusa Hitamkan - 1. Ini adalah taktik untuk mengalahkan seseorang dengan memanggil seseorang itu sudah tua. Contoh: Walaupun Rais Yatim itu berpengetahuan dan beretika dan layak untuk menjadi Naib Presiden, dia telah dimusa hitamkan untuk membolehkan Zahid Hamidi dan Khaled Nordin menang. 2. Ini adalah taktik untuk menuntut dipujuk tetapi tidak menjadi. Contoh: Leman sedang memusa hitamkan dirinya dengan menyerahkan surat perletakkan jawatan dengan harapan ahli jawatankuasa akan memujuknya kembali tetapi Presiden menerima perletakkan jawatan sebelum mesyuarat.

Mengazalinakan - Ini adalah cara untuk memastikan seseorang itu menang tanpa ada pertandingan dengan cara mengkepala agongkan. Contoh: YB berjaya memenangi pilhanraya dan jawatan Ketua Bahagian dua kali tanpa pertandingan dengan mengazalinakan calun parti pembangkang dan pesaing dalam parti.

Mengazeez Mamakkan - Ini adalah taktik untuk mendapat simpati pengundi dengan cara buat-buat nyawa hampir terkorban. Contoh: Walaupun usaha untuk mengazeez mamakkan pengundi dari peristiwa tembakkan pistol, pengundi masih enggan memberi undi.

Menorzakan - Ini mempunyai dua makna taktik. 1. Cara untuk mengetengahkan diri hingga jadi pemegang jawatan dengan banyak bersukarela untuk menjadi juruacara majlis. 2. Cara untuk mengetengahkan diri dengan dengan mengundur diri dari pertandingan dan mendapat jawatan lain yang lebih menguntungkan. Contoh: Walaupun usaha menorzakan diri telah berjaya mendapatkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kementeriaan Kewangan, dia masih tidak diterima akarumbi dan tewas untuk jawatan rendah sebagai Ketua Cawangan.

Menjayjaykan - Ini adalah usaha untuk mendapatkan diri balik jadi Menteri dengan mengkepala agongkan untuk seseorang yang lain, walaupun orang itu tidak memerlukan kepala agong. Selain itu, mereka-mereka yang suka menggunakan taktik ini perlu suka meraba pinggul pelayan-pelayan. Contoh: Setelah digugurkan dari jawatan Menteri Penuh, YB sedang menjayjaykan perwakilan untuk bakal PM mendapat pencalunan sebulat suara.

Menzahid hamidikan - Ini adalah usaha untuk menjadi mendapat jawatan lebih atas dengan sanggup menyuarakan sesuatu untuk bos walaupun permintaan itu bodoh. Contoh: Dalam usaha untuk menzahid hamidikan diri, dia telah didapati mencuri saham dan melakukan pecah amanah.
Akhir sekali,

Menghusin Lempoyangkan - Ini adalah cara untuk menjual seseorang dengan harga lebih untung dari unta kerana dia layak dijual. Wow!

di copy paste kan dari: http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/

Thursday, October 23, 2008

Penang

Widely known as the Pearl of the Orient, Penang is one of Asia's most famous islands. Its natural beauty and exotic heritage have been attracting curious visitors for centuries.

Travel guides have referred to it as " . . . a place of mysterious temples and palm-shrouded beaches", while literary giant Somerset Maugham is known to have stayed on the island and spun tales about the romance of the white planter in South-East Asia.

Penang today is very much an amalgam of the old and the new – a bustling port, a heritage city and an industrial base. Perhaps it has more to offer per square mile than any other place in the world. For sheer variety of locales, cultures and foods, Penang is hard to beat. In it's capital Georgetown, modern skyscrapers rise from one of Southeast Asia's largest collections of intact prewar buildings. Manufactures of sophisticated electronic goods compete for space with wet markets and old temples. Where else can you find a century-old church, a Chinese temple, an Indian temple, and a Muslim mosque all within a five-minute walk from one another? Likewise, tall urban structures stand beside the red-tiled roofs of Chinatown and "Little India" is just across the road, while the Malay kampungs lie on the outskirts. The seamless melding of the many peoples of Penang is best reflected in the delicious hawker foods (available around the clock) and the adherence to traditions and customs. Festivals abound throughout the year.

Should one wish to get away from the busy city, the idlyllic beaches and soothing hills are but minutes away, while the industrial free trade zone, the "Silicon Valley of the East", and the international airport are equally accessible.

Penang or its Malay name of Pulau Pinang is made up of a turtle-shaped island, a total of 292 square kilometers, and a strip of land called Seberang Prai on Peninsular Malaysia about 48 kilometers wide.

Since 1985, the island has been joined to the mainland by the Penang Bridge, one of the longest bridges in the world. Alternatively, travellers arriving from the mainland can hop onto the ferry and take a 20-minute ride across. There are also international flights that connect directly to the international airport on the island.

Wednesday, October 22, 2008

Gula dan bahayanya

Gula dan Bahayanya



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kita bertemu lagi kali ini. Saya amat terperanjat dengan pengalaman
membaca buku tentang GULA. Amat menyedihkan dan saya amat risau tentang
masyarakat di Malaysia yang terancam secara senyap. Bagi saya GULA
seperti racun!

Sedikit persoalan tentang gula.

=================

Gula dan Bahayanya

=================

Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan
memudaratkan.

Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam
tubuh. Ia tidak

langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh.
Gula juga

adalah penyebab utama kegemukkan!



Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak
sumber makanan yang

lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.



Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)

2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh

3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.

4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan

5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran

6. Meningkatkan paras trigliserid

7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria

8. Merosakkan buah pinggang

9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)

10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)

11. Mengurangkan kromium dalam badan

12. Mengurangkan kuprum dalam badan

13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan

14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan
kanser dubur

15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko
tinggi

16. Faktor kepada kanser pundi hempedu

17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat

18, Melemahkan penglihatan

19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah

20. Penyebab hipoglisemia

21. Penyebab perut berasid

22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak

23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari

24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut

25. Membawa kepada ketagihan alkohol

26. Merosakkan gigi

27. Penyumbang utama kegemukkan

28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser

29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik

30. Penyebab artritis

31. Penyebab lelah

32. Pembentukan batu dalam ginjal

33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis

34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu

35. Penyebab sakit jantung iskemik

36. Penyebab sakit apendiks

37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis

38. Penyebab pendarahan

39. Penyebab Vena Varikos

40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil
cegah hamil

41. Penyebab sakit gusi

42. Penyumbang kepada Osteoporosis

43. Penyebab air liur menjadi berasid

44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin

45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa

46. Mengurangkan hormon tumbesaran

47. Meningkatkan kolesterol dalam badan

48. Meningkatkan tekanan darah sistolik

49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan
protein oleh tubuh

50. Penyebab alergi terhadap makanan

51. Penyumbang kepada sakit kencing manis

52. Penyebab keracunan darah semasa hamil

53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak

54. Penyebab penyakit kardiovaskular

55. Melemahkan struktur DNA

56. Penyebab Katarak

57. Penyebab Emfisema

58. Penyebab arteriosclerosis

59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah

60. Merendahkan kemampuan enzim

61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya

62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati

63. Meningkatkan lemak dalam Hati

64. Membesarkan saiz buah pinggang

65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya

66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan

67. Penyebab sembelit

68. Penyebab rabun jauh

69. Penyebab lapisan rerambut

70. Penyebab hipertensi

71. Penyebab sakit kepala

72. Menganggu kemampuan berfikir

73. Penyebab kemurungan

74. Meningkatkan tindak balas insulin

75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus

76. Penyebab ketidak seimbangan hormon

77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan

78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer



Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula
tapi masih manis?

Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;

>Glukosa

>Fruktosa

>Laktosa

>Maltosa

>Sukrosa

>Sirap Glukosa

>Sirap maple

>Molases

>Sirap hitam

>Sirap kencana

>Dektrosa

>Sorbitol



Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh

2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh

3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh

4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh

5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh

6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh

7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh

8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh

9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh

10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh

11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!



Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?

Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya,
namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling
gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis

yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam.
Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia! Taukeh gula! Negara kita
seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.

Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa
gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya
terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai
mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita
merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman
bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.

Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita
semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan
sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang
bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak
makan gula! Selangkah demi selangkah!



"Kita adalah apa yang kita makan".



Selamat maju jaya!

Sarcasm

Sarcasm is stating the opposite of an intended meaning especially in order to sneeringly, slyly, jest or mock a person, situation or thing. It is strongly associated with irony, with some definitions classifying it as a type of verbal irony intended to insult or wound. Sarcasm can also be used in a humorous or jesting way depending on the intent of the person speaking.