Wednesday, April 18, 2007

Semak dan bersawang

Tajuk tak ada kaitan dengan apa yang akan ditulis. Cuma sekadar saya nak mengkritik diri sendiri. Konsistensi dalam penulisan blog semakin menurun. Tak ada alasan. Sememangnya diri sendiri yang malas nak berfikir dan menaip. Itu alasan kedua, alasan pertama line internet amat lah perlahan. Walaupun mereka dikatakan memberi servis terbaik, tapi itu, hanyalah di mulut sahaja.

Cukuplah satu perenggan sebagai permulaan azam baru. Tunggu bila rasa nak berazam semula, mungkin boleh menaip dua perenggan.

bila lah nak maju.


che mi,
kangar, perlis

Thursday, August 3, 2006

Kelas PLC

Untuk kumpulan A&B,

Kelas kamu akan dijalankan pada

Datang kekelas, jangan tak datang.

Pecahan markah:-

Kehadiran+tugasan+Latihan = 50%
Ujian = 50%

Jumlah markah= 25% (untuk keseluruhan ECT200)


Che Mie,
E-centre

Autocad kumpulan

Kelas untuk kumpulan A&B:-

3/8/06, 9/8/06, 10/8/06, 16/8/06, 17/8/06, 23/8/06

Pastikan anda semua hadir kerana setiap kehadiran membawa 1% markah.

pecahan markah:

Kelas 1: Tutorial 1%
Kelas 2: Tutorial 1%
Kelas 3: Tutorial 1%
Kelas 4: Tutorial 1%
Kelas 5: Kuiz 4%
Kelas 6: Ujian 5%
Tugasan: 12%

Sekiranya saya nampak kamu bukak website selain portal maka markah akan ditambah sebanyak + (-5%) ;-)

p/s: kurang 5% pun masih boleh dapat A, jangan bimbang ;-)



che mie,
E-centre

Monday, July 31, 2006

Sepi seorang perindu

Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku

Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata

Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta

Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu

Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti