Assalamualaikum,
Apa khabar pelajar2 sekalian? Harap2 semua sihat2 saja dan kembali ke sini dengan berat badan yang dah pun bertambah.. jadi sesuai sangat la kembali ke KUKUM. Kat sini nanti, selain dapat ilmu, kamu juga dapat kurangkan berat badan. Saya tak pasti, tapi saya yakin dalam minggu yang semua warga KUKUM sibuk nak menyambut konvo yang pertama, jadi, mesti ada sebahagian pelajar yang akan kembali menyambung cuti yang tak pernah selesai, bagi mereka yang balik bercuti lah, yang tak balik tu, baguss…walaupun tak ada fakta yang tepat, bagi mereka yang mengambil cuti tambahan saya pasti perut kamu akan tambah membesar ;-D…
Dalam kesibukan membuat persediaan untuk konvo ni, saya pun ambil lah kesempatan ini untuk menulis serba sedikit perkara yang saya telah alami untuk membantu anda untuk tidak mengulang apa yang telah saya alami… ops.. saya pun sibuk jugak, jaangan kata saya curi tulang no… saya Cuma berehat sebab penat sangat.
Saya ingin berkongsi dengan kamu tentang dua perkataan yang saya percaya kamu dah pun faham maksudnya.. iaitu “pinjam” dan “bayar”. Kalau masih tak faham dengan perkataan tu, tak apa, jangan bimbang, kamu masih boleh baca cerpen ni sampai habis… itu pun kalau kamu berminat, kalau tak minat pun tak apa…saya tak kecik hati pun…..
Saya sebenarnya baru saja membeli sebuah alatan yang bernilai lebih kurang RM150. saya baru saja beli benda ni masa kamu tengah becuti dulu, saya beli kat kangar. Murah saja lah… kalau nak dibandingkan yang ada kat Kuala Perlis, kat situ mahal sikit.. mungkin ia jenis model terbaru dalam pasaran.. tambahan pulak kat sana lebih canggih dan ada lah beberapa aksesori tambahan …
Sebelum ini saya meminjam dari seorang kawan, kawan saya ni memang cukup baguih la.. saya bersyukur dapat pinjam dari dia.. maklumlah benda mahal, jadi bila saya pinjam tu sudah tentu saya buat macam harta sendiri hahaha… tapi jangan salah paham, saya buat macam harta sendiri tu bermakna saya jaga benda tu dengan cukup baik sekali, setiap hari, kalau benda tu kotor, atau semak ke, saya dengan sukarela akan membersihkan benda tu, ialah kita sebagai orang yang meminjam sepatutnya sedar yang kita meminjam.. jadi kena la jaga harta orang.
Kamu paham tak apa yang dimaksudkan dengan meminjam ni, kalau kita ambik harta orang kita patutnya menjaga harta orang itu dengan sebaik yang mungkin. Lebih baik lagi kalau kita menjaga nya lebih daripada tuan yang empunya harta tersebut. Oleh itu, selepas kamu baca cerpen ni, kalau pinjam hak orang tu beringat2 lah… kita ni mungkin tak sedar, sebab banyak diantara kita ni, kalau harta orang kemain lagi dia nak, tak kira dah, pada masa ni la dia pandai mentakrifkan konsep sahabat sejati dan sebagai nya. Kalau ditengok pada hujah dia tu, masya allah, begitu hebat sekali, sampai kan potongan ayat quran pun boleh disediakan. Tapi kalau tang dia punya harta, bila kita nk mintak pinjam seminit pun, beribu2 alasan keluar. Jadi hidup dalam dunia ni, beringat2 lah..
Berbalik kepada cerita asal tadi tu, setelah saya meminjam dengan agak lama, disamping rekod penjagaan yang baik, tiba2 sahaja tuan empunya mengambil balik, pelbagai strategi yang rapi telah disusun lebih awal rupanya untuk mengambil dengan cara yang agak tak baik lah….
Saya pun tak sedar dengan strategi ini, namun begitu akhirnya saya telah belajar sesuatu, apabila kita diberi meminjam, maka patut kita sedar, walaupun kita menjaga hak orang lain dengan begitu baik sekali, suatu hari nanti mesti hak itu akan diambil balik, samada secara baik atau tak baik, itu terpulang pada tuan yang memberi pinjam. Satu perkara lagi yang saya akan sentiasa ingat dan begitu juga dengan kamu, apabila diberi pinjam sesuatu barang, oleh kawan kamu yang terbaik didunia dan di syurga sekali pun, pinjamlah dengan sekejap atau lebih baik beli sendiri saja.. kalau tak hidup kamu akan menjadi seperti dijajah..
Itu lah sebabnya saya suka dok disini, kat sini smua murah2, jauh sikit pun tak apa ;-)
Itulah juga diantara sebab mengapa Datuk K perlu menceraikan isterinya terlebih dahulu sebelum siti nurhaliza bersetuju untuk mengahwini beliau, tapi minta maaf la.., ini sebenarnya bukan lah sebuah cerpen cinta yang menyayat hati...
Sampai bejumpa lagi…
Terima kasih,
Che Mie,
Kangar
Kisah hidup seorang penjawat awan yang bekerja di Kuala Perlis. Kisah yang sederhana dan sesuai dengan status penjawat awam.
Thursday, July 20, 2006
Thursday, July 13, 2006
Selamat datang dan selamat kembali
Assalamualaikum….
Selamat datang kepada pelajar baru yang akan mengikuti pengajian dalam bidang masing2.
Selamat kembali juga kepada pelajar2 lama yang akan menyambung baki pengajian mereka.
Pada semester ini, bagi yang belum mengambil subjek ECT100, ECT200 dan DCT100, akan terpaksa berjumpa saya untuk sub-kursus Autocad, PLC dan Asas Komputer.
Memandangkan saya perlu menjimatkan seberapa banyak masa yang boleh, maka saya tak bercadang untuk menulis sehingga beberapa muka surat. Jadi, saya sekadar ingin mengucapkan selamat menempuh semester baru pada sesi pengajian kali ini.
Selamat Berjaya!
Che Mie
Thursday, June 29, 2006
Melayu
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan: "Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "
usman awang
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan: "Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "
usman awang
Monday, June 26, 2006
Tun Mahathir
Subscribe to:
Posts (Atom)


