Hampir seminggu jugak tak ada update untuk blog ini.
Saya agak sibuk minggu ni. Biasa hal keja itu, ini dan ini. semua nak di buat sekaligus.
tapi minggu ini ada banyak jugak perkara2 yang saya agak oleh di kongsi.
Poco-pocoAsalnya memang saya nak pergi. Ia lah poco-poco adalah sesuatu yang amat mengembirakan saya. bila ber poco-poco saya rasa diri saya sudah terlalu sihat.Tapi disebabkan anak saya tak benar saya pergi, maka saya pun tak pergi lah. Saya rasa amatlah rugi sebab tak dapat ikut aktiviti ini. Saya keciwa sungguh. Sampai sekarang ni!
KelasMinggu ini, batch baru pulak masuk. Kelas pertama, memang susah depa nak cover.Masih mengajar untuk dua lab. Harap ketibaan staf baru akan mengurangkan sikit beban.
CuacaAkhir-akhir ini aktiviti pembakaaran jerami telah dilakukan dengan berleluasa. Nampaknya pihak berkuasa tempatan masih tidak mengambil tindakan kepada mereka ini.Kadang-kadang kalau difikir mendalam, kasihan jugak pada pesawah2 ni. Itu kerja depa, kalau depa ada kerja lain mungkin depa tak bersawah. Kalau depa tak bersawah, kita nak makan apa pulak?
Tapi disebabkan aktiviti ini. Cuaca di sekitar Perlis menjadi panas. Kalau nak tidur malam pun susah. Dua kipas angin masih tak dapat nak cover kepasanan cuaca ini. Ada sapa2 nak hadiahkan air cond terpakai pada saya tak?
MotorMinggu ni wife saya standby kat Kampung Wai. Jadi untuk menjimatkan kos, kami berkongsi kereta. Kemudian untuk lebih menjimatkan kos, kami sekarang menaiki motorsikal ketempat kerja. Sebenarnya naik motor ini, selain jimat kos, ia nampak macam romantik. Yang paling penting saya boleh cilok-cilok.
Tapi risau jugak, tayar motorsikal ni adalah tayar sotong. Kena tukar ke tayar sotong kurita, lebih besar, lebih selamat.
SabtuLast sekali, esok Sabtu. dan bermaksud cuti. Cerita Ong Bak 2 (pirate) dah keluar ke belum ek?