Thursday, September 25, 2008

Pelajar

1. Saya ada menerima panggilan dari seorang pelajar saya.

2. Pelajar ini berbangsa cina, dan telah dengan sengaja tidak hadir kelas kerana terlalu sibuk dengan perkara lain. Kebetulan, semalam ujian.

3. Pelajar yang tidak datang ini, menelefon saya di pejabat dan memberi arahan supaya diadakan ujian khas untuk dirinya sahaja.

4. Apakah jenis pelajar ini?

5. Patutlah semua staf, hanya di Pusat Kejuruteraan tidak terlalu beri muka kepada mana-mana pelajar.

6. Pelajar sekarang jenis yang tak boleh diberi muka. Mereka akan ambil kesempatan diatas kemurahan hati tenaga pengajar.

Selamat Hari Raya


1. Walaupun tahun ini saya tak berkesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada pengunjung blog ini (sekiranya ada), namun saya masih ingin mengucapkan selamat hari raya.

2. Ucapan sudah tentu ditujukan kepada pengunjung terutamanya, kemudian kepada semua pelajar dan bekas pelajar saya.

3. Walaupun kita pasti akan bergembira dengan sesungguhnya, namun perlu juga kita sentiasa menjaga keselamatan terutama ketika pulang berhari raya.

4. Bagi yang masih belum bergelar bekas pelajar, pastikan anda semua selamat sehinggalah kita berjumpa pada minggu hadapan.

5. Saya mengucapkan selamat hari raya kepada yang berpuasa penuh dan tidak. Dan, mohon maaf sekiranya ada melakukan kesilapan samada sedar atau tidak.